Kenyataan Media mengenai pendapat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

PMO
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI

Jemaah Menteri mengambil maklum kenyataan lstana Negara mengenai pendapat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia.

Jemaah Menteri akan berbincang dengan lebih lanjut akan titah Seri Paduka Baginda Tuanku. Keutamaan Jemaah Menteri dan Kerajaan pada masa ini ialah untuk melindungi rakyat daripada wabak COVID-19.

Saya menjunjung kasih di atas kepercayaan Seri Paduka Baginda kepada Kerajaan pimpinan saya dan menyambut baik nasihat supaya kestabilan Kerajaan tidak diganggu-gugat.

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin
Perdana Menteri
25 Oktober 2020

Similar Posts:

Share:
Scroll to top