
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA
Saya mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.
Dakwaan ini hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Datuk Seri Anwar hanyalah dakwaan semata-mata.
Sehingga dibuktikan sebaliknya, Kerajaan Perikatan Nasional masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah.
Saya memohon supaya rakyat bertenang menghadapi situasi ini. InsyaAllah, isu ini akan ditangani dengan baik menurut proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Perdana Menteri Malaysia
23 September 2020
Similar Posts:
- Kenyataan Media YAB Perdana Menteri mengenai Sokongan Ahli-Ahli Dewan Rakyat
- Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Baharu – Istana Negara
- PM Dipertanggungjawab Terhadap Semua Jabatan Persekutuan Sehingga Lantikan Kabinet
- Kenyataan Media YAB Perdana Menteri mengenai Kenyataan YAB Dato Seri Shafie Apdal
- Kenyataan Media YAB Perdana Menteri mengenai Kenyataan YAB Dato Seri Shafie Apdal