MEDIA STATEMENT
PRIME MINISTER’S OFFICE
Kerajaan mengambil maklum dan memandang serius kes dakwaan pelanggaran perintah kuarantin oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali setelah beliau pulang dari Turki pada 7 Julai 2020.
Kerajaan Perikatan Nasional berpendirian bahawa setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang Negara dan tidak ada sesiapa pun yang terkecuali.
Sehubungan itu, saya serahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi menjalankan siasatan yang menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut proses undang-undang.
YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin
Perdana Menteri
24 Ogos 2020
Similar Posts:
- Kenyataan Media mengenai keputusan Mahkamah Tinggi bagi kes SRC International Sdn Bhd
- Kenyataan Media YAB Perdana Menteri mengenai Sokongan Ahli-Ahli Dewan Rakyat
- Kenyataan Media mengenai Belanjawan 2021
- Kenyataan Media YAB Perdana Menteri mengenai Kenyataan YAB Dato Seri Shafie Apdal
- Pelaksanaan Peruntukan Liabiliti Korporat Kekal Dikuatkuasakan pada 1 Jun 2020