Penyelesaian Kes 1MDB di antara Kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs bernilai RM16.6 Bilion

PMO
KENYATAAN MEDIA
PERDANA MENTERI MALAYSIA

MENGENAI
PENYELESAIAN KES 1MDB DI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN GOLDMAN SACHS BERNILAI RM16.6 BILION

Saya menyambut baik pengumuman mengenai penyelesaian (settlement) bernilai RM16.6 bilion (AS$3.9 bilion) yang telah dicapai antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Goldman Sachs (GS) bagi tuntutan-tuntutan Kerajaan berhubung salah laku dan penyelewengan dalam kes 1MDB.

Dengan penyelesaian ini, dana 1MDB yang akan dikembalikan kepada Malaysia secara keseluruhannya berjumlah RM19 bilion (AS$4.5 bilion). Ini termasuk dana yang dipulangkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sebelum ini. Kerajaan komited untuk meneruskan usaha mendapatkan semula aset-aset lain berkaitan 1MDB dan meneruskan tuntutan-tuntutan terhadap individu dan pihak yang berkaitan dengan skandal penyelewengan 1MDB.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dan pasukan perunding atas usaha mereka mencapai penyelesaian ini. Ini adalah satu kejayaan dalam usaha mengembalikan hak dan harta rakyat Malaysia.


YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin
Perdana Menteri
24 Julai 2020

Similar Posts:

Share:
Scroll to top