Pelantikan Pengerusi dan Anggota Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

KENYATAAN MEDIA 
PEJABAT PERDANA MENTERI


PELANTIKAN PENGERUSI DAN ANGGOTA PESURUHJAYA
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN


Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan subseksyen 5 (1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700], Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah memperkenankan pelantikan empat (4) anggota Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan / Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) untuk tempoh 3 tahun berkuat kuasa pada 1 Julai 2020 seperti yang berikut:

1. YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan
2. YBhg. Tan Sri Datuk Zainun binti Ali
3. YBhg. Dato’ John Louis O’hara
4. YBrs. Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal bin Nik Mahmod


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut memperkenankan pelantikan YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan sebagai Pengerusi dan YBhg. Tan Sri Datuk Zainun binti Ali sebagai Timbalan Pengerusi EAIC.

Pelantikan ini akan memperkukuhkan pelaksanaan fungsi dan keberkesanan EAIC ke arah memastikan mutu penguatkuasaan yang berintegriti dan efektif dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan.

Kerajaan juga merakamkan penghargaan kepada barisan Pesuruhjaya EAIC terdahulu iaitu YBhg. Dato’ A. Aziz bin A. Rahim, YBhg. Dato’ Sabariah binti Hassan, YBrs. Prof. Madya Dr. Abang Ekhsan Abang Othman, YBrs. Encik Lee Sow Siong, YBrs. Puan Leong May Chan dan YBrs. Encik James Deva Nayagam Gnanaratnam.


PEJABAT PERDANA MENTERI
24 Julai 2020

Similar Posts:

Share:
Scroll to top