Pelantikan dan Pertukaran Portfolio Timbalan Menteri Persekutuan

This image has an empty alt attribute; its file name is image-4.png

MEDIA STATEMENT
PRIME MINISTER’S OFFICE

PELANTIKAN DAN PERTUKARAN PORTFOLIO
TIMBALAN MENTERI PERSEKUTUAN

  1. Selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Pelembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor sebagai Timbalan Menteri Persekutuan.

  2. YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) bagi menggantikan YB Dato’ Eddin Syazlee bin Shith yang mengambil alih portfolio Timbalan Menteri Kerja Raya susulan peletakan jawatan YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh.

  3. Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Timbalan Menteri Persekutuan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diadakan pada hari ini, 6 Julai 2020.

    Pejabat Perdana Menteri
    6 Julai 2020

Similar Posts:

Share:
Scroll to top