
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
1. Merujuk kepada kenyataan YAB Dato Seri Shafie Apdal dalam wawancara beliau dengan Malaysiakini pada 14 Julai 2020, saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah sekalipun menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada beliau pada bulan Mac selepas saya menjadi Perdana Menteri, seperti yang didakwa.
2. Saya menyifatkan kenyataan Dato Seri Shafie Apdal dalam wawancara sama yang menyatakan: “Beliau tidak menyebutnya, tetapi saya tahu mengenai hal itu” sebagai tidak benar. Kenyataan itu adalah andaian beliau semata-mata.
YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin
Perdana Menteri
17 Julai 2020
Similar Posts:
- Pelantikan Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke Republik Rakyat China
- Pelantikan Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah
- Kenyataan Media Mengenai Dakwaan Pelanggaran Perintah Kuarantin
- Kenyataan Media YAB Perdana Menteri mengenai Sokongan Ahli-Ahli Dewan Rakyat
- Pelantikan Ketua Setiausaha Sulit Kepada YAB Perdana Menteri