
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
Kerajaan mengambil maklum keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang mensabitkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Kerajaan menghormati keputusan mahkamah dan menggesa semua pihak agar terus meletakkan kepercayaan kepada sistem perundangan serta kehakiman negara sebagai institusi yang bebas dan berkecuali.
Saya memahami perasaan dan sentimen rakan-rakan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Namun begitu, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional akan sentiasa menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang.
Kerajaan menghormati hak Datuk Seri Najib untuk merayu atas hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah. Sama-samalah kita beri ruang kepada proses undang- undang untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan.
YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin
Perdana Menteri
28 Julai 2020
Similar Posts:
- Kenyataan Media YAB Perdana Menteri mengenai Sokongan Ahli-Ahli Dewan Rakyat
- Kenyataan Media YAB Perdana Menteri mengenai Kenyataan YAB Dato Seri Shafie Apdal
- Kenyataan Media mengenai Belanjawan 2021
- Kenyataan Media mengenai pendapat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
- Kenyataan Media Mengenai Dakwaan Pelanggaran Perintah Kuarantin