MEDIA STATEMENT
PRIME MINISTER’S OFFICE
PELAKSANAAN PERUNTUKAN LIABILITI KORPORAT KEKAL
DIKUATKUASAKAN PADA 1 JUN 2020
Kerajaan komited dalam usaha memerangi rasuah, memperbaiki integriti dan melaksanakan urus tadbir yang baik.
Tidak kira sama ada usaha itu dilaksanakan di peringkat jabatan kerajaan, sektor swasta mahupun dalam kalangan masyarakat sivil, usaha ini akan terus diberi keutamaan.
Semua sedia maklum bahawa pewartaan peruntukan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 pada 4 Mei 2018 telah menetapkan pelaksanaan Prinsip Liabiliti Korporat membabitkan organisasi
komersial.
Peruntukan ini menetapkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan bagi organisasi komersial sekiranya mana-mana pekerja atau pihak bersekutunya melakukan perbuatan rasuah bagi faedah organisasi
tersebut.
Setelah mengambil kira situasi semasa dan pandangan semua pihak, kerajaan menetapkan bahawa pelaksanaan undang-undang Liabiliti Korporat ini kekal berkuatkuasa mulai 1 Jun 2020.
Antara lain penetapan ini dapat menggalakkan organisasi komersial mengambil langkah yang bersesuaian dan selari bagi memastikan perniagaan yang dijalankan tidak terlibat dalam aktiviti rasuah untuk tujuan dan kepentingan mereka.
Pejabat Perdana Menteri
21 Mei 2020
Similar Posts:
- Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) Siri 12 – 25 Jun 2020
- Kenyataan Media Mengenai Dakwaan Pelanggaran Perintah Kuarantin
- Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Bil. 1/2020
- Mesyuarat Mengenai Kedudukan Ekonomi dan Fiskal Negara serta Kedudukan Terkini COVID-19
- Kenyataan Media mengenai Penyelesaian Komersial Minyak dan Gas di Sarawak