Kenyataan Media Mengenai Isu Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Penyelewegan Dana 1MDB

This image has an empty alt attribute; its file name is image-4.png

MEDIA STATEMENT
PRIME MINISTER’S OFFICE

YAB Perdana Menteri ingin menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam persetujuan melepas tanpa membebaskan Riza Shahriz Abdul Aziz daripada pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan penyelewengan dana 1MDB.

Persetujuan tersebut dicapai oleh pihak pendakwaan dan tertuduh melalui representasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

YAB Perdana Menteri mengulangi pendiriannya untuk tidak mencampuri urusan Pejabat Peguam Negara dan badan kehakiman dalam membuat apa-apa keputusan berkaitan kes-kes jenayah di negara ini termasuk kes-kes berprofil tinggi.

Pejabat Perdana Menteri
18 Mei 2020

Similar Posts:

Share:
Scroll to top