MEDIA STATEMENT
PRIME MINISTER’S OFFICE
BANTUAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI 2020
BAGI PENGUSAHA FELDA, RISDA DAN FELCRA
BERIKUTAN PENULARAN WABAK COVID-19
Kerajaan mengambil maklum kedudukan harga pasaran global komoditi seperti kelapa sawit dan getah, yang kian merosot disebabkan penularan wabak COVID- 19.
Situasi ini secara langsung telah menjejaskan pendapatan hampir 500 ribu peneroka, peserta dan pekebun kecil yang bernaung di bawah FELDA, RISDA dan FELCRA di seluruh negara.
Sehubungan itu, sukacita diumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020, bernilai RM300 seorang kepada peneroka FELDA, peserta FELCRA dalam kategori B40 dan pekebun kecil RISDA.
Bantuan khas melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM148 juta ini akan memberi manfaat kepada 113 ribu peneroka FELDA, 90 ribu pengusaha FELCRA dalam kategori B40 dan 292 ribu pekebun kecil RISDA, iaitu pekebun yang mengusahakan tanah dengan keluasan tidak melebihi 2.5 hektar.
Penyaluran Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 akan bermula pada 18 Mei ini. Kerajaan berharap bantuan khas ini akan dapat meringankan beban warga agensi terbabit, terutamanya dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba.
Pejabat Perdana Menteri
15 Mei 2020
Similar Posts:
- Kenyataan Media – Ralat di dalam Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 20 Julai 2020
- Jemaah Menteri Potong Gaji 2 Bulan Untuk Tabung COVID-19
- Kenyataan Media mengenai Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.054 Gerik dan N.66 Bugaya
- Kenyataan Media: Penguatkuasaan PKP Dengan Bantuan ATM
- Kenyataan Media YAB Perdana Menteri mengenai Belanjawan Tahun 2021