Pelantikan Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah

YAB Perdana Menteri bersetuju melantik YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri.

YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang adalah Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Marang.

YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004.

YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Beliau pernah tersenarai sebagai antara 500 muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada 2016.

Pejabat Perdana Menteri
2 April 2020

Similar Posts:

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 + 7 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top