Usaha Kembalikan Dana 1MDB Akan Diteruskan

PMO

KENYATAAN SIDANG MEDIA

YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
PERDANA MENTERI MALAYSIA

USAHA KEMBALIKAN DANA 1MDB AKAN DITERUSKAN

Pagi ini, YAB Perdana Menteri telah diberikan taklimat khas oleh pasukan petugas yang dipertanggungjawabkan untuk menjejak dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di luar negara.

Pasukan ini terdiri daripada wakil Jabatan Peguam Negara, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Dalam taklimat itu, YAB Perdana Menteri dimaklumkan bahawa sejumlah RM1.4 bilion dana telah berjaya dikembalikan hasil usaha pasukan petugas berkenaan, manakala sebanyak RM6.9 bilion lagi telah dikenal pasti.

Pasukan petugas turut memberikan perincian tindakan yang telah dilaksanakan untuk membawa pulang dana 1MDB yang disyaki disalahgunakan di 17 buah negara.

YAB Perdana Menteri mengarahkan agar usaha untuk menjejak dan mengembalikan dana 1MDB dari pelbagai negara terus dilaksanakan.

Pejabat Perdana Menteri
17 Mac 2020

Similar Posts:

 1,597 total views,  2 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven − two =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top