Perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

PMO

KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
MALAYSIA

PERKHIDMATAN KETUA PESURUHJAYA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Puan Latheefa Beebi Koya untuk memendekkan perkhidmatan kontrak beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuatkuasa pada 9 Mac 2020.

2. Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Latheefa Beebi Koya atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

3. Selaras dengan subseksyen 5(1) Akta 694, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan YBhg. Datuk Seri Haji Azam bin Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa mulai 9 Mac 2020.

Pejabat Perdana Menteri
9 Mac 2020

Similar Posts:

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 + 16 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top