YAB Perdana Menteri telah bersetuju melantik YBhg Tan Sri Dr Jemilah Mahmood sebagai Penasihat Khas kepada YAB Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam.
Beliau berpengalaman luas dalam bidang perubatan dan terlibat secara langsung dalam kerja-kerja kemanusiaan di peringkat nasional dan antarabangsa.
YBhg Tan Sri Dr Jemilah Mahmood sebelum ini merupakan Presiden Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) dan Setiausaha Bahagian Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Pada 2019, beliau dipilih sebagai pemenang ASEAN Prize 2019 iaitu anugerah berprestij rantau ASEAN bagi mengiktiraf pencapaian individu atau organisasi dalam memupuk identiti dan semangat serantau ke arah pembangunan Komuniti ASEAN menjelang 2025.
YBhg Tan Sri Dr Jemilah Mahmood merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau bertanggungjawab menasihati YAB Perdana Menteri mengenai dasar dan inisiatif berkaitan bidang kesihatan.
Pejabat Perdana Menteri
31 Mac 2020
Similar Posts:
- Pelantikan Tan Sri Dr Jemilah Mahmood sebagai Penasihat Khas kepada YAB Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam
- Pelantikan Ketua Setiausaha Sulit Kepada YAB Perdana Menteri
- Pelantikan Ketua Setiausaha Sulit Kepada YAB Perdana Menteri
- Pelantikan Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah
- Pelantikan Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah