Pelantikan Ketua Setiausaha Sulit Kepada YAB Perdana Menteri

PMO

KENYATAAN SIDANG MEDIA

YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
PERDANA MENTERI MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri telah bersetuju melantik YBhg. Datuk Dr. Marzuki bin Mohamad sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri berkuat kuasa mulai 1 Mac 2020.

YBhg. Datuk Dr. Marzuki bin Mohamad, 46 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sarjana Sastera (Sains Politik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Doktor Falsafah (Sains Politik) dari Australian National University, Australia.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1999. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Khas Kepada YAB Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2009 hingga 2013 dan Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Pendidikan pada tahun 2013 hingga 2015. Pada tahun 2015, beliau kembali bertugas di UIAM sebagai Profesor Madya di Jabatan Sains Politik dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Sains Politik.

Berikutan pelantikan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau telah kembali berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Kepada YB Menteri Dalam Negeri pada tahun 2018.

Pejabat ini merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan ini.

Pejabat Perdana Menteri
5 Mac 2020

Similar Posts:

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 − 7 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top