Prinsip Kedaulatan Undang-Undang

KENYATAAN AKHBAR JEMAAH MENTERI

PRINSIP KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

1. Jemaah Menteri memandang serius insiden serangan ke atas YB Menteri Belia dan Sukan pada 1 Februari 2020 semasa menghadiri majlis di Ulu Tiram, Johor.

2. Tindakan kasar serta biadap yang tidak mencerminkan akhlak yang baik ini perlu dikecam.

3. Negara mempunyai undang-undang. Kerajaan mengamalkan “Rule of Law” dan semua pihak tanpa kecuali, harus mematuhi undang-undang negara.

4. Pihak berkuasa juga mesti menegakkan undang-undang secara telus dan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati tidak menghormati undang-undang ini. Hanya mereka yang menjadi anggota Kerajaan yang berhak memberi arahan. Inipun jika arahan bercanggah dengan undang-undang atau SOP, petugas tidak perlu bertindak.

5. Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak termasuk di negeri-negeri yang tidak menghormati undang-undang negara termasuk yang tidak mematuhi arahan yang diberi oleh Kerajaan.

6. Prinsip kedaulatan undang-undang hendaklah sentiasa dipatuhi.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
5 FEBRUARI 2020

Similar Posts:

139 total views, 3 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 5 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top