Kenyataan Akhbar Jemaah Menteri Isu Hiasan Di Sekolah Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina


KENYATAAN AKHBAR JEMAAH MENTERI

ISU HIASAN DI SEKOLAH SEMPENA PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA

  1. Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada hari ini (Rabu, 8 Januari 2020) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri memandang serius tindakan pihak-pihak yang telah memainkan isu perkauman dan agama dengan membuat laporan polis terhadap hiasan sempena perayaan Tahun Baharu Cina di SMK Pusat Bandar Puchong 1, Selangor. Ia bukan bersifat keagamaan dan bukan satu cara penyebaran agama.

  2. Adalah merupakan satu perkara biasa untuk membuat hiasan bagi meraikan sesuatu acara perayaan seperti perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan sebagainya. Rakyat Malaysia adalah masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya dan meraikan bersama acara-acara seperti ini sejak bertahun-tahun dahulu. Kita perlu menghormati satu sama lain kerana perbezaan adat dan budaya dalam kalangan masyarakat adalah aset berharga bagi negara.

  3. Jemaah Menteri sama sekali tidak bersetuju dengan sikap rasis dan ekstremis pihak-pihak tertentu kerana ia akan menjejaskan perpaduan kaum di negara ini.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
08 JANUARI 2020

Similar Posts:

242 total views, 2 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × five =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top