Pelantikan Ketua Setiausaha Negara

PELANTIKAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Adalah dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, atas perakuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah memperkenankan pelantikan YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali sebagai Ketua Setiausaha Negara berkuatkuasa 1 Januari 2020 bagi menggantikan YBhg. Tan Sri Dr. Ismail bin Hj. Bakar yang bercuti sebelum persaraan wajib.

YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, 58 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University, Singapura telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun dan mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Selain itu, beliau pernah bertugas di Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri, Setiausaha Persekutuan Sarawak serta menjawat jawatan selaku Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Kerajaan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Dr. Ismail bin Hj. Bakar atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
31 DISEMBER 2019

Similar Posts:

885 total views, 4 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one + 2 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top