Kenyataan Media Isu Komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama’

This image has an empty alt attribute; its file name is mstile-144x144.png
Prime Minister’s Office

KENYATAAN AKHBAR

ISU KOMIK
‘INISIATIF JALUR DAN JALAN – MERAIH MANFAAT BERSAMA’

Pejabat Perdana Menteri mengambil maklum mengenai isu komik ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama’ yang sedang tular di dalam sosial media baru-baru ini.


Di dalam komik tersebut tertera gambar YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad dan keterangan yang menyebut buku komik ini dihadiah kepada Presiden Xi Jinping oleh Perdana Menteri sendiri semasa pertemuan dua hala sewaktu di Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa ke-2.


Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa buku ini bukan hadiah rasmi semasa pertemuan tersebut dan ia dibawa tanpa melalui prosedur dan saluran yang betul. Perdana Menteri tidak pernah terlibat di dalam penerbitan buku ini atau mengetahui isi kandungannya. Beliau juga tidak pernah memberi persetujuan agar gambar beliau digunapakai untuk apa-apa tujuan atau memberi kebenaran agar komik tersebut diedarkan di sekolah.


Terima kasih.


PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
18 OKTOBER 2019

Similar Posts:

187 total views, 5 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 + fourteen =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top