Janji 6: Menghapuskan Tol

PEJABAT PERDANA MENTERI

KENYATAAN MEDIA

JANJI 6: MENGHAPUSKAN TOL

Syarikat-syarikat yang diberikan konsesi tol oleh Kerajaan boleh menikmati  keuntungan. Hakikatnya ialah tidak semua yang memiliki konsesi lebuhraya yang mendapat keuntungan. Ini adalah kerana dana yang besar diperlukan untuk menyelenggara lebuhraya tersebut.

Apabila saya kata kita tidak janji hapus tol, saya merujuk kepada manifesto, yang menyatakan ia tidak akan dilakukan serta merta. Manifesto kita mengandungi ayat berikut: “Kerajaan Pakatan Harapan akan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuhraya. Kami akan berunding untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk mengambil alih setiap konsesi tol dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat.”

Kajian menunjuk bahawa Kerajaan terpaksa belanja puluhan billion Ringgit untuk ambil alih lebuhraya bertol dengan secara serta merta. Setelah ambil alih penyelenggaraan akan memerlukan berbilion Ringgit lagi.

Kerajaan dahulu telah hutang ribuan billion Ringgit (trillion ringgit). Hutang mesti dibayar jika tidak hendak dijadikan muflis. Pembayaran faedah hutang dan hutang pokok menelan berbilion ringgit. Apabila dibayar, dana Kerajaan tidak mencukupi untuk pembangunan infrastruktur yang penting jika beban pembelian dan penyelenggaraan lebuhraya ditambah kepada operasi dan pembangunan Kerajaan. Setelah dikaji, Kerajaan tidak mampu melayan permintaan projek oleh rakyat jika dibeban dengan penyelenggaraan lebuhraya.

Apabila kajian yang mendalam dibuat, penghapusan tol segera tidak boleh dilakukan kerana memerlukan pembelian oleh Kerajaan. Masa diperlukan untuk mengurang beban rakyat kerana menghapuskan tol. Tetapi menurunkan bayaran tol boleh dipikul. Jika ada swasta yang akan kurangkan tol, cadangan mereka boleh dipertimbang.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
7 OKTOBER 2019
PUTRAJAYA

Similar Posts:

269 total views, 2 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × three =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top