Kenyataan Media Jemaah Menteri – 4 September 2019

PMO
KENYATAAN MEDIA JEMAAH MENTERI

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada hari ini (Rabu, 4 September 2019), yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, bersetuju bahawa usaha memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam di negara ini adalah sangat tidak wajar.

Jemaah Menteri menolak pemikiran dan pendirian sempit berasaskan sentimen perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan negara.

Sebaliknya rakyat diseru untuk menyokong kempen beli barangan buatan Malaysia kerana ia akan memberi kebaikan kepada negara.

JABATAN PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
4 SEPTEMBER 2019

Similar Posts:

221 total views, 2 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 + 11 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top