Pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Bagi Tempoh 2019-2022

PEJABAT PERDANA MENTERI

KENYATAAN MEDIA

PELANTIKAN PESURUHJAYA KANAK-KANAK
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA
(SUHAKAM) BAGI TEMPOH 2019-2022

  1. Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa menurut subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597], Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan pelantikan YBhg. Prof Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awal sebagai Pesuruhjaya Kanak-kanak bagi sesi 2019-2022.

  2. YBhg. Prof Dato’ Noor Aziah adalah pensyarah Fakulti Undang-Undang di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak (2017-2019) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Sebelum ini, beliau telah dilantik sebagai Wakil Malaysia dalam ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children (2016-2019), dan pernah menjadi Pengerusi bagi Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia (Muslim Women Consultative Council 2013-2019). Beliau mempunyai lebih 23 tahun pengalaman dalam bidang hak asasi manusia terutamanya berkaitan hak wanita dan kanak-kanak melalui aspek perundangan.

  3. Pelantikan ini adalah antara langkah pembaharuan yang diambil oleh Kerajaan di dalam melindungi hak Kanak-Kanak. Ia berkuatkuasa mulai 27 April 2019.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
23 OGOS 2019

Similar Posts:

483 total views, 2 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen − twelve =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top