Perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

PRIME MINISTER’S OFFICE

MEDIA STATEMENT

PERKHIDMATAN KETUA PESURUHJAYA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong telah memperkenankan permohonan YBhg. Datuk Seri Mohd Shukri bin Abdull untuk memendekkan perkhidmatan kontrak beliau lebih awal sebelum kontrak beliau berakhir pada 17 Mei 2020 sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

2. Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Datuk Seri Mohd Shukri bin Abdull yang telah banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

3. Selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Puan Latheefa Beebi Koya, Pengarah Eksekutif, Lawyers for Liberty sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu untuk tempoh kontrak selama 2 tahun berkuat kuasa mulai 1 Jun 2019. Pelantikan ini adalah antara langkah pembaharuan penting ke arah proses reformasi institusi-institusi Kerajaan.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
4 JUN 2019

Similar Posts:

451 total views, 1 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 − 3 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top