Pelantikan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan

PRIME MINISTER’S OFFICE

MEDIA STATEMENT

PELANTIKAN KETUA HAKIM NEGARA MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Adalah dimaklumkan bahawa tempoh perkhidmatan YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan telah berakhir pada 12 April 2019 setelah mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum di atas segala khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.

Sehubungan ini, berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja telah memperkenankan pelantikan YA Dato’ Tengku Maimun binti Tuan Mat, Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan berkuat kuasa mulai 2 Mei 2019.

Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan dimaklumkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia setelah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
2 MEI 2019

Similar Posts:

938 total views, 4 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 1 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top