Pengumuman Bayaran Hibah Lembaga Tabung Haji

Questioned By
Dato’ Dr. Noraini Ahmad (BN-UMNO) [P147 Parit Sulong]

The Question
Dato’ Dr. Noraini Ahmad [ Parit Sulong ] minta PERDANA MENTERI nyatakan bilakah Lembaga Tabung Haji akan mengumumkan bayaran hibah (dividen) kepada 9.3 juta pendepositnya bagi tahun 2018? Berdasarkan rekod 5 tahun kebelakang, Lembaga Tabung Haji akan mengumumkan kadar hibahnya pada awal bulan Februari, tetapi kini telah masuk bulan April dan masih tiada lagi khabar berita tersebut sehingga menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat.

Answered By
YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad (PH-PPBM) [P004 Langkawi]
The Prime Minister of Malaysia

The Answer

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Cadangan Pelan Penstrukturan dan Pemulihan Semula Lembaga Urusan Tabung Haji akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari esok, 5 April 2019. Kabinet akan membincangkan secara terperinci isu-isu berkaitan kedudukan kewangan Tabung Haji dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya termasuk kemampuan Lembaga Tabung Haji membayar hibah kepada pendeposit.

2. Lembaga Tabung Haji akan membuat pengumuman mengenainya dalam masa terdekat setelah Jemaah Menteri membuat keputusan.

Sekian, terima kasih.

Similar Posts:

1,440 total views, 2 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 + two =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top