Tabung Haji Kekal Bawah Kawalan Jabatan Perdana Menteri

PRIME MINISTER’S OFFICE

MEDIA STATEMENT

  1. Lembaga Tabung Haji (TH) telah dilemparkan dakwaan dan tuduhan bahawa bidang kuasa TH dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada Kementerian Kewangan (MOF).
  2. Ini setelah keputusan Jemaah Menteri untuk memindahkan aset-aset yang tidak menguntungkan TH kepada Syarikat Tujuan Khas atau SPV milik Kerajaan.
  3. Pemindahan aset-aset tersebut kepada SPV ialah sebahagian usaha mengembalikan keadaan kewangan TH kepada normal dan mempercepatkan pemulihan kewangan institusi tersebut setelah berlakunya salah laku secara besar-besaran.
  4. TH juga diletakkan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM). BNM sebagai badan yang bebas, dan di bawah pimpinan Gabenor Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, mengawal selia semua bank dan institusi kewangan di dalam negara, termasuk institusi-institusi kewangan Islam.
  5. TH kekal di bawah bidang kuasa JPM, dan perkara ini tidak berubah dengan pengenalan SPV seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet.
  6. Dakwaan-dakwaan dan tuduhan-tuduhan bahawa TH dipindahkan kepada Kementerian Kewangan adalah palsu dan tidak berasas sama sekali.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
25 FEBRUARI 2019

Similar Posts:

330 total views, 7 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × two =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top