Pelantikan Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad

PRIME MINISTER’S OFFICE

MEDIA STATEMENT

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Dzulkifli Fadzilah sebagai Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang baru menggantikan Datuk Seri Syed Ali bin Syed Abbas Al-Habshee.

Dzulkifli mempunyai ijazah perakaunan dari California State University dan sarjana kewangan dari Golden Gate University, San Francisco, Amerika Syarikat.

Beliau pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dari tahun 2011 hingga ke 2017, dan merupakan ahli jawatankuasa Skim Penyelesaian Hutang Kecil di Bank Negara Malaysia.

Pelantikan ini berkuatkuasa 15 Oktober 2018.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
5 OKTOBER 2018

Similar Posts:

115 total views, 4 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 + 14 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top