Perlantikan Pengerusi Dan Ahli Lembaga Pengarah PUNB

PRIME MINISTER’S OFFICE

MEDIA STATEMENT

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Dato’ Hazimah Zainuddin sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Beliau merupakan pengasas dan pengarah urusan Hyrax Oil Sdn Bhd. Selain itu, beliau adalah ahli SME Corp Business Advisory Panel, ahli lembaga pengarah Center of Entrepreneur Development & Research Sdn Bhd (CEDAR) dan duta di Commonwealth Women Entrepreneurs, Commonwealth Businesswomen. Hazimah juga pernah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah MATRADE dan Scientex Berhad, ahli majlis Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) serta pengerusi Gabungan Persatuan Usahawan Wanita Malaysia (FEM).

Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan ahli lembaga pengarah PUNB yang baru. Mereka adalah;

1) Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar – Rakan Kongsi Kanan Naqiz & Partners
2) Zarir Mohd Salleh – Ketua Jabatan Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Institusi Kewangan, MUFG Bank Malaysia Berhad
3) Nurjesmi Mohd Nashir – Pengarah Eksekutif JP Morgan Chase Bank Berhad
4) Azwan Baharuddin – Pengarah Urusan Accenture, Malaysia

Semua pelantikan ini berkuatkuasa 24 September 2018.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
21 SEPTEMBER 2018

Similar Posts:

490 total views, 2 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen − 12 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top