Pelantikan Pengerusi PERKESO

PRIME MINISTER’S OFFICE

MEDIA STATEMENT

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Encik Zakri Khir sebagai Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Zakri adalah rakyat Malaysia pertama yang dilantik sebagai Ketua Pengurus Negara di Allianz Malaysia Berhad. Sebelum ini beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Allianz General Insurance (Malaysia) Berhad.

Beliau adalah ahli felo Institut Insurans Malaysia dan mempunyai pengalaman selama 30 tahun di dalam sektor insurans dan pengurusan portfolio.

Zakri akan menggantikan Tan Sri Dato’ Seri Dr Aseh Haji Che Mat dan lantikan ini akan berkuatkuasa 8 Oktober 2018.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
29 SEPTEMBER 2018

Similar Posts:

326 total views, 1 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 4 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top