Pelantikan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA)

PRIME MINISTER’S OFFICE

MEDIA STATEMENT

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Datuk Eddy Chen sebagai Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).

Beliau menggantikan Tan Sri Datuk Seri Alies Anor bin Abdul yang telah meletak jawatan pada 1 Jun 2018.

Eddy Chen mempunyai pengalaman luas di dalam industri pembangunan hartanah selama lebih tiga dekad. Beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan Metro Kajang Berhad dan pernah menjadi Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) bagi tempoh 1998 – 2002.

Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan ahli lembaga pengarah PR1MA yang baru. Mereka adalah:

  1. Dato’ Faris Yahaya
  2. Sr. Mohd Ali Abdul Karim
  3. Encik Ahmad Shahrul Mohamed

Semua pelantikan ini berkuatkuasa 1 Oktober 2018.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
30 SEPTEMBER 2018

Similar Posts:

192 total views, 3 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three + 13 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top