Pelantikan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA)

PRIME MINISTER’S OFFICE

MEDIA STATEMENT

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Dr Hasnita binti Dato Hashim sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Dr Hasnita mempunyai kelulusan PhD dalam bidang Nuklear Fizik dari Oxford University. Beliau mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam pengurusan kewangan global dan pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Guidance Investments, sebuah anak syarikat Guidance Financial Group. Beliau memulakan kariernya di Coopers & Lybrand Deloitte, London sebagai seorang aktuari. Beliau juga merupakan ahli Institute of Actuaries.

Kini, beliau adalah Pengerusi Maybank Asset Management Group dan juga ahli lembaga pengarah Maybank Banking Berhad.

Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan ahli majlis MARA yang baru. Mereka adalah;

1. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak
2. Dr Nungsari Ahmad Radhi
3. Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin
4. Datuk Syed Tamim Ansari Syed Mohamed
5. Tengku Tan Sri Mahaleel bin Tengku Ariff
6. Encik Zakri Khir

Semua pelantikan ini berkuatkuasa 1 Oktober 2018.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
26 SEPTEMBER 2018

Similar Posts:

478 total views, 1 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 − thirteen =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top