Pelantikan Pengerusi FELCRA Berhad

PRIME MINISTER’S OFFICE

MEDIA STATEMENT

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Dato’ Mohd Nageeb Abdul Wahab sebagai Pengerusi FELCRA Berhad.

Pelantikan ini bagi menggantikan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang telah meletakkan jawatan pada 1 Jun 2018.

Mohd Nageeb mempunyai pengalaman selama 39 tahun dalam bidang perladangan, industri getah dan sawit. Antara jawatan yang pernah dipegang adalah Naib Presiden Kanan dan Ketua Perladangan Malaysia di Sime Darby Plantation Berhad. Beliau memulakan karier sebagai pelatih eksekutif perladangan di KL Kepong Berhad pada tahun 1979.

Beliau kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Palm Oil Association (MPOA) dan merupakan wakil Malaysia di dalam International Tripartite Rubber Council (ITRC).

Pelantikan ini berkuatkuasa 1 Oktober 2018.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
27 SEPTEMBER 2018

Similar Posts:

268 total views, 5 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 − five =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top