Pelantikan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti (SC)

PRIME MINISTER’S OFFICE

MEDIA STATEMENT

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Syed Zaid Albar sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Syed Zaid adalah lulusan ijazah undang-undang dari universiti di United Kingdom dan menjadi peguam di Lincoln’s Inn, London dalam tahun 1979. Setahun kemudian, beliau menjadi peguam di Mahkamah Tinggi Malaya.

Syed Zaid mempunyai pengalaman lebih 38 tahun di dalam bidang perundangan. Beliau pernah berkhidmat di Skrine & Co dan telah menubuhkan syarikat perundangan sendiri – Albar & Partners. Beliau juga pernah menjadi ahli panel inkuiri dana pampasan dan ahli jawatankuasa rayuan di Bursa Malaysia Berhad serta menjadi ahli jawatankuasa kajian undang-undang kewangan Islam di Bank Negara Malaysia.

Kemahirannya merentas pelbagai sektor seperti undang-undang korporat, pasaran modal, sukuk, perbankan islam dan konvensional.

Pelantikan ini berkuatkuasa 15 Oktober 2018.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
30 SEPTEMBER 2018

Similar Posts:

355 total views, 1 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 − six =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top