Gaji Minimum Untuk Sektor Swasta

PRIME MINISTER’S OFFICE

MEDIA STATEMENT

GAJI MINIMUM UNTUK SEKTOR SWASTA

1. Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Seperti diperuntukkan oleh seksyen 25 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta732), Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) telah selesai membuat kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016. Syor-syor MPGN telah dibincangkan oleh Jemaah Menteri pada hari ini.

2. Setelah menimbang syor MPGN dari pelbagai sudut, Kerajaan buat pertama kalinya bersetuju untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak iaitu RM1,050 sebulan/ RM5.05 sejam berkuat kuasa 1hb Januari 2019. Kerajaan juga memutuskan untuk tidak memberikan sebarang subsidi kepada mana-mana majikan kerana kekangan kewangan semasa negara. Peningkatan gaji minimum ini adalah selaras dengan situasi ekonomi semasa negara. Kita harus waspada bahawa sebarang peningkatan gaji yang drastik bakal menimbulkan masalah lain kepada industri yang juga boleh menggugat daya saing negara. Dengan itu, adalah lebih wajar jika gaji minimum dinaikkan secara berkala dalam tahun-tahun akan datang supaya industri, terutamanya majikan kecil, tidak menutup perniagaan mereka akibat kos operasi yang tinggi yang bakal menyebabkan pemberhentian pekerja.

3. Majikan dan peniaga juga diseru supaya tidak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan susulan kenaikan gaji minimum ini. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dimohon untuk memantau perkara tersebut.

PEJABAT PERDANA MENTERI 
PUTRAJAYA 
5 SEPTEMBER 2018

Similar Posts:

895 total views, 2 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × five =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top