Siaran Media YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Sempena Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR)

PRIME MINISTER’S OFFICE

MEDIA STATEMENT

SIARAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
SEMPENA MESYUARAT
JAWATANKUASA KHAS KABINET MENGENAI ANTI RASUAH (JKKMAR)
 
 
1. Hari ini adalah hari yang ke-96 sejak Kerajaan Pakatan Harapan memerintah Malaysia. Empat (4) hari lagi, genap 100 hari pertama pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan.
 
2. Banyak kejayaan yang telah kita capai dalam masa yang singkat ini.

3. Dalam konteks governans, integriti, antirasuah dan hak asasi manusia, Kerajaan Pakatan Harapan telah mulakan dengan langkah yang baik. Dalam 96 hari saja Kerajaan Pusat telah berjaya menggerakkan strategi secara holistik untuk Malaysia “lebih dikenali kerana integritinya dan bukan kerana rasuah” (Lampiran).

4. Hari ini adalah Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) Yang Ketiga.

5. Pada mesyuarat hari ini, JKKMAR telah membincangkan enam kertas, iaitu berkenaan dengan:
 
a. Usaha memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  • Mekanisme pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang lebih telus – hendaklah atas pertimbangan Parliamentary Select Committee (PSC), dan prestasi/kompetensi penyandang Ketua Pesuruhjaya turut dinilai oleh pihak stakeholders luar
  • Mewujudkan polisi bajet yang khusus dan berasingan bagi SPRM
  • Parliamentary Select Committee (PSC) mengambil alih peranan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), badan bebas memantau SPRM peringkat Parlimen pada masa sekarang
  • Peranan dan terma rujukan empat lagi badan bebas yang memantau SPRM iaitu LPPR, PPPR, Jawatankuasa Aduan dan Panel Penilaian Operasi (PPO) akan ditambah baik
 
b. Isu Sempadan – Ke Arah Tadbir Urus dan Integriti Pengurusan Sempadan
  • Agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mengintegrasikan agensi-agensi kawalan sempadan mengkaji model terbaik ke arah pelaksanaan berkesan pengurusan sempadan
  • Cadangan penambahbaikan undang-undang, sistem dan prosedur dan kawalan dalaman di sempadan negara
 
c. Inisiatif-inisiatif Memantapkan Integriti dan Memartabatkan Malaysia – “Menjadikan Malaysia Sebuah Negara yang Dikenali Kerana Integritinya, Bukan Kerana Rasuahnya”
  • Dalam konteks United Nations Convention Against Corruption (UNCAC), diputuskan agar Malaysia mengguna pakai syor-syor yang dikemukakan oleh Pasukan Penilaian UNCAC mengenai usaha pencegahan rasuah, antaranya yang berkaitan dengan pembiayaan politik, konflik kepentingan dan isytihar harta
  • Agensi-agensi ‘lead’ (lead agency) seperti JPA, MITI, MIDA, NPC, Kementerian Luar, Kementerian Komunikasi dan Multimedia diminta menjadikan agenda “Menjadikan Malaysia Sebuah Negara Yang Dikenali Kerana Integritinya, Bukan Kerana Rasuahnya” sebagai KPI masing-masing
 
d. Usaha memantapkan kebebasan Jabatan Audit Negara (JAN)
  • Syor berkenan pembentukan Office of the Auditor General of Malaysia
  • Autonomi dalam perkara berkaitan dengan sumber manusia dan peruntukan bajet melalui Audit Select Committee peringkat Parlimen
 
e. Penubuhan Pusat Pengurusan Aset, Harta Rampasan dan Lucut Hak (Central Asset Management Corporation) (CAMcorp)
  • Menubuhkan sebuah agensi yang berwibawa di peringkat nasional, yang bertanggungjawab bagi pengurusan aset yang dirampas, disita dan dilucut hak
  • Mewujudkan undang-undang bagi menubuhkan agensi bagi tujuan pengurusan aset, harta rampasan dan lucut hak
 
f. Analisis Ringkas Terhadap Laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC)
  • Kerajaan telah menerima sebanyak 256 cadangan daripada IRC
  • Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) telah diminta untuk meneliti dan menyelaras cadangan-cadangan yang berkaitan dengan isu-isu governans, integriti, antirasuah dan hak asasi manusia.
  • 223 cadangan IRC akan diselaraskan oleh GIACC
  • 33 cadangan lagi akan diselaraskan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia
 
g. Mengembalikan Kewibawaan Institusi Parlimen
  • Mewujudkan satu mekanisme yang memastikan akauntabiliti SPRM dengan mewujudkan Jawatankuasa Pilihan
  • Pembentangan dan Perbahasan Laporan SPRM di Parlimen melalui Jawatankuasa Khas Mengeni Rasuah (JKMR)
 
TAMAT

Similar Posts:

2,746 total views, 3 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen + 7 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top