Penubuhan Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya Malaysia

PRIME MINISTER’S OFFICE

MEDIA STATEMENT

PENUBUHAN JAWATANKUASA PEMBAIKAN SISTEM
DAN UNDANG-UNDANG PILIHAN RAYA MALAYSIA

Kerajaan telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk mengkaji semula sistem dan undang-undang pilihan raya di Malaysia (Electoral Reform Committee (ERC)).

Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ab. Rashid bin Ab. Rahman iaitu bekas Pegawai Awam yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan pilihan raya. Tan Sri Rashid akan dibantu oleh beberapa orang ahli yang sedang dikenal pasti untuk dilantik bagi menjalankan tugas yang telah ditentukan bagi Jawatankuasa itu. Jawatankuasa diberikan masa selama dua (2) tahun untuk menyiapkan tugasnya termasuk mengemukakan laporan dan perakuan-perakuan kepada Kerajaan untuk dihalusi dan dilaksanakan.

Dalam proses mengkaji segala aspek pengurusan pilihan raya, Jawatankuasa perlu mendapatkan maklum balas dan cadangan-cadangan dari pelbagai pihak khususnya stake holders termasuk parti-parti dan ahli politik, pengundi-pengundi, NGO’s dan semua pihak yang berkepentingan. Pihak-pihak berkenaan akan diberikan peluang dan ruang untuk mengemukakan pandangan dan cadangan.

Di samping itu, Jawatankuasa ini juga akan mengkaji sistem-sistem yang dipakai dengan jayanya di Negara-negara demokrasi yang lain yang telah mencapai standard yang sesuai dan telah mendirikan sistem dan pengurusan pilihan raya yang berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi yang diterima oleh semua pihak sebagai “Bebas, Adil dan Telus” dan level playing field yang dicita-citakan. Terma rujukan (Terms of Reference) Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihanraya (Electoral Reform Committee) (ERC) adalah seperti berikut;

i) Mengkaji seluruh undang-undang pilihan raya dan undangundang lain yang menyentuh urusan dan perjalanan pilihan raya.

ii) Mengkaji keperluan mewujudkan sistem pilihan raya yang sesuai dengan kehendak social order (keadaan semasa masyarakat, politik, ekonomi, sosio budaya, dan sebagainya).

iii) Membuat perakuan-perakuan yang perlu untuk mewujudkan undang-undang yang sesuai mengikut standard atau piawaian pengurusan pilihanraya di peringkat antarabangsa.

iv) Mengkaji keperluan mewujudkan undang-undang khusus mengenai penubuhan Kerajaan sementara (Care Taker Government) selepas pembubaran Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri.

v) Mengkaji keperluan mengadakan undang-undang untuk memberikan kuasa kepada electoral management body untuk mendaftar dan mengawal selia pertubuhan politik dan parti politik.

vi) Jawatankuasa juga akan menubuhkan jawatankuasajawatankuasa kerja yang perlu, termasuk menggubal undangundang pilihan raya dan undang-undang yang berkaitan dengannya setelah laporannya diterima dan diluluskan oleh pihak Kerajaan.

 

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
16 OGOS 2018

Similar Posts:

185 total views, 1 views today

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × two =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to top