Janji 100 Hari Pakatan Harapan

Questioned By
Tuan Fong Kui Lun (PH-DAP) [P120 Bukit Bintang]

The Question
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah janji-janji Kerajaan Pakatan Harapan 100 hari setelah menang PRU14 dan berjaya menjadi Kerajaan, apakah janji-janji yang telah, sedang dan belum ditunaikan lagi serta sebab-sebabnya lewat ditunaikan.

Answered By
YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad (PH-PPBM) [P004 Langkawi]
The Prime Minister of Malaysia

The Answer

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan ini serentak dengan pertanyaan oleh YB (Ayer Hitam) pada 19 Julai 2018 kerana menyentuh isu yang sama iaitu status pelaksanaan semua janji di bawah manifesto Pakatan Harapan.

Dalam tempoh 70 hari pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (bermula 10 Mei 2018 hingga ke hari ini), 2 daripada 10 janji Kerajaan Pakatan Harapan telah mula dilaksana, 6 janji sedang ditunaikan dan 2 janji belum dimulakan langkah pelaksanaannya. Kerajaan komited untuk merealisasikan kesemua 10 janji tersebut atas dasar akauntabiliti kami kepada rakyat.

Harus diingat tumpuan Kerajaan bukanlah kepada 10 Janji ini sahaja. Dalam masa 100 hari juga banyaklah kerja lain perlu dilaksanakan oleh Kerajaan. Yang diutamakan ialah tindakan membersih Kerajaan dari kerosakan hasil dari gejala rasuah dan salah guna kuasa yang melanda jentera Kerajaan yang terdahulu, tindakan undang-undang terhadap jenayah yang dikesan dalam Kerajaan, usaha untuk mengesan dan mendapat balik wang yang hilang, menyusun semula jabatan-jabatan dan lain-lain lagi.

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan komited untuk menunaikan 60 Janji dan 42 iltizam yang terkandung dalam Buku Harapan. Sebagaimana yang terdapat dalam buku berkenaan usaha melaksana 10 Janji telah dibuat tetapi hasilnya tidak semua boleh dicapai dalam 100 hari.

Bagi memastikan janji-janji yang dibuat dapat dilaksanakan secara teratur dan mengikut undang-undang, kajian serta perancangan yang teliti perlu dibuat sekali gus memerlukan masa. Walau bagaimanapun, kesemua janji-janji di atas telah dikaji mekanisme pelaksanaan dan sedang dalam penelitian Jabatan/Agensi terlibat. Umpamanya janji caruman KWSP RM50 untuk suri rumah sedang dikaji oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pada masa yang sama, janji-janji yang boleh dilaksana terus tanpa melibatkan kos seperti menghapuskan senarai hitam keluar negara untuk peminjam PTPTN memang telah dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.


Similar Posts:

173 total views, 1 views today

Share:
Scroll to top