English | Bahasa Malaysia

Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : DATO SERI DR. SITI HASMAH BT HJ MOHD ALI
Tajuk : MAJLIS PEMBUKAAN RASMI BANGUNAN BAKTI
Lokasi : BUKIT KIARA
Tarikh : 12-10-2003
 
Syukur alhamdullilah! Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kuasa dan kurniaNya sahaja, kita telah dapat berkumpul malam ini untuk majlis kemuncak dan juga majlis bersejarah bagi BAKTI - Majlis Pembukaan Rasmi Bangunan Baru BAKTI di Bukit Kiara ini oleh YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

2. Sebagai Yang Dipertua BAKTI, saya mengalu-alukan kehadiran semua tetamu, khasnya YAB Perdana Menteri yang dapat juga menyelitkan acara majlis ini dalam program mingguan beliau yang amat ketat sekali. Bagi pihak semua ahli BAKTI, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri yang juga Penaung BAKTI sejak 1981.

3. Saya juga ucapkan terima kasih kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri yang sudi hadir bersama. Kita boleh lihat sendiri betapa sepinya YAB Pak Lah kerana Naib Yang Dipertua BAKTI tidak ada bersama dengan kita. Sepatutnya, ucapan aluan-aluan ini disampaikan oleh YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Naib Yang Dipertua BAKTI, tetapi oleh kerana beliau masih perlu berada di luar negara, beliau tidak dapat hadir malam ini. Namun, beliau meminta saya sampaikan salam dan maaf beliau kepada para hadirin sekalian, serta mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Perasmian Bangunan yang beliau mempengerusikannya dan mendoa semoga majlis ini berjalan dengan selamat dan jaya.

4. BAKTI menunggu 26 tahun untuk merealisasikan hajatnya untuk memiliki bangunannya sendiri. Sepuluh tahun kewujudan BAKTI, alamat ibu pejabat BAKTI ialah Pejabat Perdana Menteri tetapi semua mesyuarat dan perjumpaan diadakan di Kediaman Rasmi Perdana Menteri iaitu kediaman Yang Dipertua dan Urusetia berselerak di rumah Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir.

5. Sepuluh tahun berikutan, BAKTI telah dapat sebuah rumah kerajaan di Jalan Terengganu di mana harta benda BAKTI dan fail-fail lama dapat disimpan. Malangnya rumah ini berjauhan dari jalan raya dan oleh itu, sukar BAKTI mendapat seorang pembantu untuk mengendalikan urusan pejabat. Kawasan itu amat sepi dan tiada jiran untuk berkawan melainkan pasukan monyet yang berkeliaran di Bukit Damansara.

6. Mesyuarat-mesyuarat BAKTI masih diadakan di kediaman Yang Dipertua kerana mempunyai bilik mesyuarat dan dewan besar untuk Mesyuarat Agung Tahunan atau Majlis-majlis BAKTI.

7. Pada tahun 2000, Yang Dipertua BAKTI berpindah ke Putrajaya, 38 kilometer jauh dari Kuala Lumpur. Namun, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti BAKTI terus diadakan di Seri Perdana Putrajaya, sungguhpun amat sukar sekali bagi ahli-ahli. Ketika itu, pejabat urusetia masih di rumah masing-masing, dan alat-alat tulis dan barangan stok disimpan merata rumah.

8. Cadangan untuk memiliki bangunannya sendiri bermula ketika Kerajaan menawarkan sebidang tanah untuk NGOs di kawasan Bukit Kiara ini dan BAKTI amat bertuah termasuk dalam senarai pelawaan itu. BAKTI amat berterima kasih atas pemberian tanah ini oleh Kerajaan dan berusaha dengan serius mengumpul dana untuk membina bangunan BAKTI yang pertama. Inilah impian BAKTI.

9. What we shall see a moment after the official opening by the Prime Minister cum Patron of BAKTI, is a building which is BAKTI's dream. Apart form housing BAKTI's secretariat and office for the President, it also has several functional rooms. We try to make this building community friendly so that BAKTI can fulfil our objectives of helping the children and adults who are in need.

10. To possess land in an environment like Bukit Kiara is everyone's dream, but to raise funds to realise this dream and to supervise the completion of the building can be one big nightmare! BAKTI therefore are very grateful to so many people for the realisation of BAKTI's dream.

11. BAKTI is very blessed with having good friends who donated generously and specifically to our building fund. I take this opportunity to sincerely thank our donors for their kind generosity and support. We also like to thank our building consultants who not only gave us their expertise but also donated their consultation fees as their contribution to charity. We are very touched by this generous gesture and pray for Allah's Blessings upon them.

12. I must specially thank the Consultants and the Contractors for providing BAKTI a learning opportunity about architecture, the procedures, rules and regulations, supervising skills and even the use of abbreviations and acronyms in the Construction language.

13. Mr Prime Minister, you had once complained that when the Petronas Twin Towers were under construction, you were disappointed that our engineers and technicians were not there to reap the experience of building a super structure such as the Twin Towers. BAKTI took note of your disappointment when our own building was under construction.

14. Ours may not be a super structure but from the beginning to the end, members of the Building Committee have been diligently visiting the site regularly as Hon Mandors and being a nuisance to the contractors.

Turning up at the most unexpected moment, they don't intend to let off the contractors easily by just agreeing to what has been done. They were very critical yet constructive for the betterment of the building.

In the process, they had first-hand learning skills about supervising and management of the several technical teams that made the completion of this building possible. They deserve a diploma, if not a degree, in management skills in construction!

15. I am personally grateful to the four members of the team who deserve our praise i.e. Datin Norhayati, Datin Siti Aishah Ghazali, Toh Puan Dr Aishah Ong and Datin Wendy Ong.

16. To compensate for the harassment and to maintain cordial relationship between client, consultants and contractors BAKTI made sure that each verified statement of payment were made regularly and on time.

BAKTI was not only good mandors but good pay-masters also.

17. BAKTI ingin juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan-jabatan Kerajaan dan Majlis Bandaran serta agensi-agensi Kerajaan dan swasta yang sama-sama memberi panduan, nasihat dan kerjasama untuk menjayakan ke sempurnaan Bangunan BAKTI ini.

18. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Perasmian Bangunan BAKTI yang diketuai oleh YABhg Datin Paduka Seri Endon dan semua ahli- ahlinya. Saya tahu banyak usaha dilakukan supaya perasmian ini berjalan dengan sempurna dan jaya.

Selaku Yang Dipertua BAKTI, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada saudari- saudari semua. Saya yakin saudari-saudari akan terus aktif untuk menjaga bangunan kita ini yang akan menyemarakkan semangat BAKTI, berkhidmat jujur dan ikhlas demi masyarakat yang kurang bernasib baik.

19. Saya tidak lupa mengucapkan penghargaan saya kepada Pengacara Majlis Mahathir Lokman, rakan setia kepada BAKTI, dan kumpulan KRU yang sentiasa membantu bila masa sahaja. Terima kasih kepada semua yang bertugas bersendirian.

20. Mengambil kesempatan dalam majlis yang terakhir bagi saya sebagai Yang Dipertua BAKTI saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang hadir bersama-sama dalam majlis yang bersejarah ini, dan juga kepada semua kawan-kawan yang selama ini menyokong dan memberi peransang kepada saya untuk mengetuai BAKTI dan menyempurnakan matlamatnya.

21. Semoga Allah S.W.T. merahmati usaha BAKTI dan rakan-rakannya dan memberi taufik dan hidayahNya untuk terus berkhidmat demi agama, bangsa dan negara. Amin! Wassalam.

Kami menerima 4,654,455 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
©2019 Hakcipta Terpelihara PERDANA DIGITAL
(sebelum ini dikenali sebagai SMPKE),Pejabat Perdana Menteri