English | Bahasa Malaysia

Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : DATO SERI DR. SITI HASMAH BT HJ MOHD ALI
Tajuk : PERASMIAN EKSPOSISI KEAMANAN MALAYSIA
Lokasi : LAMAN KUALA LUMPUR CITY CENTRE (KLCC)
Tarikh : 15-02-2003
 
Bersyukur saya ke hadrat Allah Subhanahu Wataala atas limpah kurnia-Nya kita dapat berhimpun di Majlis Perasmian Eksposisi Keamanan Malaysia pada pagi ini dalam suasana yang aman dan harmoni. Di dunia pada hari ini, ramai yang tidak begitu bernasib baik seperti kita kerana negara mereka dalam keadaan perang atau menghadapi bencana lain. We should not take for granted the peace and prosperity in our county.

2. Saya juga sukacita mengucapkan tahniah kepada Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia atau AMAN MALAYSIA dan Kementerian Pembangunan Wanita dan keluarga atas inisiatif menganjurkan Pameran Keamanan ini yang bertemakan `Jangan Serang Iraq, Bebaskan Palestin'.

Kita semua sedar mengenai pergolakan di kedua negara ini dan potensi kesannya terhadap keamanan dan ekonomi seluruh dunia.

3. Through the International news networks, we are able to see live how Palestine civilians, including children, are being shot and killed every day by Israelis. And in retaliation the Palestinians kill Israelis with human bombs at times. Every day Palestinians face the possibility of being killed.

Yes, the Israelis too, but they have superior firepower and obviously they instill more terror in the hearts of Palestinians than the other way round.

4. The Iraqis must also be living in a state of terror, waiting for the bombs to rain on them, to maim and kill them, their children and their friends. Can we say that because other innocent people had been killed, therefore it is right to retaliate by killing other innocent people? Should Iraq receive the same treatment as Afghanistan even if there is no concrete evidence that they have been developing weapons of mass destruction or of their links with Al Qaeda? 5. Then there are the Bosnians, the Chechens, and the people of Kosovo - all living or had lived in fear of being killed. Are we to dismiss their experience of terror as of no consequence? Are we just going to hunt for the collaborators of the 11th September attack and ignore the other acts of terror? 6. When the world supported the war in Afghanistan it was with the understanding that the oppressive regime will be overthrown followed by the reconstruction of Afghanistan and that Al-Qaeda will be destroyed. Today the Taliban regime is no more in control (at least in Kabul) but the process of reconstruction has hardly begun. Osama bin Laden remains elusive and Al Qaeda is far from being dismantled. Outside Kabul the lawlessness and conflict continue unabated.

7. Peperangan bukan hanya melibatkan bala tentera semata-mata tetapi juga mereka yang tidak berdosa seperti wanita, kanak-kanak dan orang tua. Bahkan, mereka adalah mangsa utama peperangan. Wanita umpamanya akan dijadikan hamba seks atau dibunuh selepas mereka dirogol. Bagi wanita yang selamat, mereka mungkin mengandung akibat dirogol, mengalami trauma psikologikal dan kehilangan kaum keluarga tersayang. Wanita juga dipaksa menjadi pelacur kepada tentera semasa peperangan. Akibatnya bukan setakat penyeksaan seksual terhadap wanita tetapi juga, menjadi punca penyebaran penyakit kelamin seperti HIV/AIDS dan sebagainya.

8. Bagi kanak-kanak pula, mereka terpaksa hidup dalam penderitaan akibat kehilangan ibu bapa, kelaparan, penindasan dan menghadapi kesan psikologi yang berpanjangan. Mereka yang dibesarkan dalam kancah peperangan diajar memegang senjata untuk menjadi pahlawan, membenci musuh dan ditanam dengan sifat keganasan, kebencian dan dendam yang membara. Bagi mereka membunuh musuh adalah matlamat hidup.

9. Sebahagian mereka terpaksa menjadi pelarian untuk mencari kehidupan baru yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan. Kebanyakan pelarian perang adalah wanita dan kanak-kanak. Mengikut Laporan UN High Commissioner for Refugees, 70 Peratus hingga 80 peratus pelarian adalah terdiri daripada wanita. Sekurang-kurangnya dua juta kanak-kanak Arab adalah pelarian perang dan hampir empat juta daripada mereka kehilangan tempat tinggal.

Mereka terdedah kepada eksploitasi seks dan ekonomi, terdedah kepada kelaparan dan penindasan. Masa depan mereka adalah penderitaan dan kedukaan.

10. Peperangan hari ini jauh berbeza dengan peperangan seperti yang pernah kita baca daripada buku-buku sejarah. Serangan boleh dilakukan dengan pelbagai cara termasuk membuat serangan berani mati serta menggunakan senjata nuklear, kimia dan biologi. Penggunaan senjata nuklear, kimia dan biologi membawa kesan yang amat buruk dalam jangka masa yang sangat panjang. Walaupun peperangan telah tamat kesan penggunaan senjata nuklear, kimia dan biologi akan terus menjadi masalah untuk jangka masa yang panjang, mungkin puluhan atau ratusan tahun. Wanita dan kanak-kanak tidak terlepas daripada kesan itu, misalnya dari segi kesihatan reproduksi, penyakit leukimia dan kemungkinan melahirkan bayi yang cacat.

11. The international community cannot stand idle as violence in Palestine threatens not just regional peace but also world peace. We believe much of the root causes for acts of terrorism today are connected with the Palestinian issue and therefore there is a dire need for the international community to address this issue. On Israel's military aggression against Palestine, we strongly condemn the use of excessive and disproportionate force against innocent Palestinians.

We call on the international community to urge Israel to comply with the various UN resolutions as the only way to achieve a lasting solution to the crisis.

12. Amidst the unsettled and precarious situation in the Middle East, we are particularly concerned at the widely reported preparations for war against Iraq, when the weapons inspectors have yet to complete their work.

Such course of action would seriously undermine the authority and credibility of the Security Council and the United Nations as a whole. The international community must quickly address the current precarious and potentially explosive situation in the region and undertake every effort to de-escalate tension by focusing on efforts to resolve the Arab-Israeli conflict and allowing the UN weapons inspectors to carry out its mandate rather than making preparations for war against Iraq. A war against Iraq would have serious implications on the international situation, particularly on the global efforts to combat terrorism which will be seriously impaired. It would widen the gap and deepen the differences between the Muslim world and the West and may well swell the ranks of the discontented in the Muslim world, especially when the oppression of the Palestinian people continues to be ignored by the international community. It will give the extremist elements a powerful ammunition and a convenient excuse to mobilise support for their militant cause. It would be indeed tragic for the region if the Palestinian-Israeli conflict, one of the most intractable conflicts in the world, were to be sidelined in pursuit of some short-term political objectives vis-a-vis Iraq.

13. Dengan kesedaran mengenai kesan peperangan yang sangat buruk dan berpanjangan, kita di Malaysia patut bersyukur kerana kita terlepas daripada kancah peperangan. Kita hidup aman damai dan dapat menikmati kemakmuran ekonomi secara saksama. Kanak-kanak di negara kita, lelaki atau perempuan berpeluang untuk ke sekolah, wanita berpeluang membangunkan diri dan kerjaya, lelaki dapat meneruskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga tanpa bimbang tentang keselamatan dan warga tua dilayan dengan penuh kasih sayang. Inilah kurniaan kepada Malaysia, yang terdapat pelbagai kaum yang dapat hidup aman sentosa dan berkongsi kemakmuran.

Namun demikian, kita tidak harus leka dan terlupa bahawa keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi hari ini tidak akan kekal selama-lamanya jika kita tidak terus memupuk dan memeliharanya. Justeru itu, kita hendaklah sedar dan berusaha sepanjang masa memelihara keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati hari ini.

Kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan yang telah berjaya mengekalkan keamanan dan kemakmuran di negara kita. Namun, tanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran ini bukanlah terletak di atas bahu Kerajaan semata-mata. Semua pihak yang cintakan keamanan dan kemakmuran perlu memainkan peranan masing-masing.

14. Saya amat berbangga dengan inisiatif yang diambil oleh AMAN MALAYSIA dan YB Dato' Seri Shahrizat untuk menganjurkan Ekspo Keamanan Rakyat Malaysia hari ini.Selain Ekspo ini, AMAN MALAYSIA mengadakan kempen satu juta tandatangan, kolokium antarabangsa dan forum wanita & kanak-kanak yang telah, sedang dan akan dijalankan dalam masa terdekat ini. Insya-Allah, usaha tuan-tuan dan puan-puan ini akan membawa manfaat bukan sahaja kepada negara-negara yang menghadapi ancaman peperangan dalam masa terdekat seperti Iraq, tetapi seluruh dunia, termasuk kita di Malaysia. Program dan aktiviti yang dijalankan oleh AMAN MALAYSIA ini bukan hanya dapat memupukkan lagi kecintaan kepada keamanan dan menolak peperangan tetapi dapat juga memberi satu mesej yang jelas kepada masyarakat dunia bahawa rakyat Malaysia cintakan keamanan dan peperangan bukan penyelesaian kepada sesuatu konflik.

15. Akhir kata saya berharap eksposisi selama lapan hari bermula dari 15 hingga 22 Februari 2003 dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan rakyat Malaysia dan saya berdoa semoga segala usaha murni ini dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, sukacita saya merasmikan Ekspo Keamanan Rakyat Malaysia.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kami menerima 4,514,979 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
©2019 Hakcipta Terpelihara PERDANA DIGITAL
(sebelum ini dikenali sebagai SMPKE),Pejabat Perdana Menteri