English | Bahasa Malaysia

Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : DATO SERI DR. SITI HASMAH BT HJ MOHD ALI
Tajuk : MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI ANJURAN BAKTI
Lokasi : SERI PERDANA, PUTRAJAYA
Tarikh : 23-06-2003
 
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana sekali lagi kita dapat mengadakan sambutan Maulud Nabi Besar kita Muhammad S.A.W.. Walaupun hari ini kita berada dalam bulan Rabiul Akhir, tetapi rasanya belum terlewat, kerana yang penting bagi kita, sempena dengan sambutan ini, kita diharapkan mendapat pendedahan yang berguna tentang sirah Nabi Besar Kita Muhammad S.A.W..

Saya mengalu-alukan kehadiran semua tetamu-tetamu, rakan- rakan dari Badan Kelas Agama yang lain dan pelajar-pelajar Universiti-Universiti yang sudi datang untuk bersama mendengar ceramah ini.

3. Sambutan hari-hari besar agama seperti sambutan Maulud ini adalah merupakan tradisi BAKTI yang dirancang setiap tahun. Bukan sahaja untuk memenuhi program BAKTI, tetapi lebih penting ialah mendapatkan ilmu untuk mencari panduan untuk kita meneruskan hidup kita dengan lebih sempurna.

4. Sesungguhnya banyak pengajaran dan panduan yang dapat kita perolehi daripada sirah Nabi kita. Pengajaran itu tidak habis-habis untuk diteladani dan dicontohi. Makin banyak ianya digali dan dicontohi, makin banyak kelemahan dan kekurangan yang dirasai oleh kita.

5. Baginda Rasullullah ada bersabda bahawa dunia ini bermula dengan kesukaan dan sebaik-baik kesukaan ialah "Wanita yang solehah". Sebagai ibu pula, Rasullullah S.A.W. menggariskan setinggi-tinggi martabat kepada ibu-ibu "Syurga di bawah tapak kaki ibu".

6. Alhamdulillah, pada hari ini kita dapat menjemput seorang Pensyarah yang akan menerangkan lagi apakah kedudukan wanita dalam Islam dan apa perlu kita amalkan untuk menjadi wanita yang solehah dan kelayakan kita atas pengiktirafan sebagai ibu yang mempunyai syurga di bawah tapak kakinya.

7. Dengan kata-kata ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada para hadirin. Semoga Allah S.W.T.

memberkati Majlis ini dan mengurniakan rahmat bahagia dalam kehidupan. Insya'Allah.

Wassalam.

*****

Kami menerima 4,625,564 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
©2019 Hakcipta Terpelihara PERDANA DIGITAL
(sebelum ini dikenali sebagai SMPKE),Pejabat Perdana Menteri