English | Bahasa Malaysia

Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : DATUK SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
Tajuk : UCAPAN PERASMIAN PERAYAAN JUBLI INTAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Lokasi : PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA
Tarikh : 12-02-2009
 

 


 


 


TYT TUN KHALIL YAAKOB


YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA


 


Y.BHG. TAN SRI MOHD SIDEK BIN HJ. HASSAN


KETUA SETIAUSAHA NEGARA


 


Y.BHG. TAN SRI ISMAIL ADAM


KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM


 


TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN PARA HADIRIN YANG SAYA HORMATI SEKALIAN,


 


ASSALAMULAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA


 


1.         ALHAMDULLILAH, SYUKUR KITA KE HADRAT ILLAHI KERANA DENGAN LIMPAH DAN RAHMATNYA, DAPAT KITA SAMA-SAMA MERAIKAN PERAYAAN JUBLI INTAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) PADA TAHUN INI. SETINGGI-TINGGI TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA JPA DI ATAS ULANG TAHUN PENUBUHANNYA YANG KE-75 INI.


 


2.         75 TAHUN, ATAU TIGA SUKU ABAD, ADALAH SATU MASA YANG PANJANG BAGI SEORANG MANUSIA. DALAM TEMPOH TERSEBUT BERBAGAI-BAGAI PERISTIWA DAN PENGALAMAN BERLAKU YANG MENCORAK KEHIDUPAN SEORANG MANUSIA. BEGITU JUGA BAGI SEBUAH ORGANISASI SEPERTI JPA.  DALAM TEMPOH MASA INI, JPA TELAH MENEMPUH PELBAGAI PERISTIWA DAN PERUBAHAN, DARIPADA KEMERDEKAAN NEGARA KE ERA INDUSTRIALISASI KE ERA GLOBALISASI DAN TEKNOLOGI PADA HARI INI. 


 


3.         DI SEBALIK SETIAP PERUBAHAN DAN PEREDARAN PEMBANGUNAN NEGARA BERDIRI PERKHIDMATAN AWAM. DAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN AWAM ADALAH TANGGUNGJAWAB BESAR JPA. SESUAI DENGAN GELARAN PENGURUS SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM, JPA MEMEGANG KUNCI KEJAYAAN PERKHIDMATAN AWAM IAITU MODAL INSANNYA. DALAM MEMASTIKAN KUALITI MODAL INSAN PERKHIDMATAN AWAM, JPA BOLEH DIKATAKAN ADALAH JUGA BERTANGGUNGJAWAB ATAS PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA. 


 


4.         MELALUI TANGGUNGJAWABNYA MEMBANGUN MODAL INSAN NEGARA, JPA TELAH MEMBANTU NEGARA KITA MENJADI DI ANTARA NEGARA YANG DISEGANI BUKAN SAHAJA DI RANTAU INI TETAPI JUGA DI DUNIA. PADA SAYA INILAH SUMBANGAN TERBESAR JPA KEPADA NEGARA KITA.


 


5.         SEPANJANG TEMPOH  75 TAHUN INI, JPA TELAH MEMBUKTIKAN PERANAN UTAMA DALAM MEMACU PERUBAHAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM DAN USAHA PEMBANGUNAN NEGARA. RENTETAN SEJARAH YANG PANJANG DAN CEMERLANG INI ADALAH HASIL DARI KUALITI, KOMITMEN DAN ILTIZAM BUKAN SAHAJA OLEH TOKOH-TOKOH JPA ZAMAN DAHULU DAN SEKARANG TETAPI JUGA SEMUA WARGA JPA YANG TELAH MEMAINKAN PERANAN YANG BESAR DALAM MENENTUKAN KEJAYAAN DASAR NEGARA. 


 


6.         SESUAI DENGAN USIA EMASNYA, JPA TELAH MENUNJUKKAN KEMATANGANNYA DENGAN MENCETUSKAN PERUBAHAN-PERUBAHAN POSITIF DAN DRASTIK BAGI MENINGKATKAN MUTU SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM.


 


PENCAPAIAN JPA


 


7.         IMPIAN KERAJAAN DI BANYAK NEGARA ADALAH UNTUK MENJADI MAJIKAN TERPILIH BAGI BAKAT-BAKAT TERBAIK NEGARA MEREKA. SEHUBUNGAN INI, PELBAGAI KAEDAH TELAH DIBANGUNKAN UNTUK MENARIK DAN JUGA MENGEKALKAN BAKAT-BAKAT TERSEBUT DI DALAM SEKTOR AWAM. JPA SELAKU PENGURUS SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM NEGARA KITA TELAH MELAKUKAN BANYAK PENAMBAHBAIKAN DALAM DASAR PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PERUBAHAN-PERUBAHAN YANG DILAKUKAN BUKAN SAHAJA MEMPERLIHATKAN KEPRIHATINAN KERAJAAN TERHADAP KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM TETAPI JUGA PENGHARGAAN KERAJAAN TERHADAP JASA DAN SUMBANGAN PARA PESARA DAN KELUARGA MEREKA.  


 


8.         SEPANJANG TEMPOH 75 TAHUN INI, KERAJAAN MELALUI JPA TELAH JUGA MELABURKAN SEJUMLAH WANG YANG BESAR BAGI MEMBANGUNKAN MODAL INSAN NEGARA. SEPANJANG TEMPOH 2002 -2008 SAHAJA, JPA TELAH MENAJA LEBIH 72,000 PELAJAR CEMERLANG DI DALAM MAHUPUN DI LUAR NEGARA. KERAJAAN BARU-BARU INI JUGA TELAH MELULUSKAN KADAR KENAIKAN ELAUN SARA HIDUP SEBANYAK 97% BAGI PELAJAR-PELAJAR KITA DI AMERIKA SYARIKAT, BRITAIN DAN KANADA UNTUK MEMASTIKAN KESELESAAN PELAJAR-PELAJAR KITA DI LUAR NEGARA. BAGI YANG TIDAK LAYAK UNTUK MENERIMA BIASISWA PULA, JPA TURUT MENGHULURKAN BANTUAN MELALUI SKIM PINJAMAN PELAJARAN BOLEH UBAH. SAYA RASA SKIM INI MERUPAKAN ANTARA YANG TERBAIK DI DUNIA KERANA TIADA FAEDAH LANGSUNG DIKENAKAN DAN PEMINJAM HANYA PERLU MEMBAYAR SATU PEREMPAT DARI JUMLAH SEBENAR PINJAMAN YANG DIBUAT.


 


9.         KITA SEDAR BAHAWA PELABURAN DALAM MEMBANGUNKAN MODAL INSAN SEMEMANGNYA BESAR DAN BERSIFAT JANGKA PANJANG.  NAMUN BEGITU, KITA JUGA SEDAR BAHAWA JUMLAH PELABURAN YANG BESAR INI ADALAH SETIMPAL DENGAN PULANGAN YANG DIHARAPKAN. SAYA PERCAYA ADA DI KALANGAN KITA DI DALAM DEWAN INI DAN ADA DI KALANGAN SEKTOR SWASTA YANG TELAH BERJAYA MENIKMATI KEDUDUKAN YANG TINGGI DAN DISEGANI HASIL DARI BANTUAN SEBAGAI PELAJAR TAJAAN JPA.  MALAH, SEPANJANG TEMPOH 75 TAHUN INI, RAMAI TOKOH DAN PEMIMPIN NEGARA YANG TELAH LAHIR MELALUI PROGRAM BIASISWA JPA.


 


10.        PENJAWAT AWAM SENDIRI TURUT TELAH MENERIMA BANYAK MANFAAT DARI PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN YANG DITERAJUI OLEH JPA.  DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM TELAH DIPERKENALKAN BAGI MENGGALAKKAN BUDAYA KERJA BERPRESTASI TINGGI DI KALANGAN PENJAWAT AWAM. DASAR INI MELIPUTI PELBAGAI KEMUDAHAN BELAJAR YANG MERANGKUMI PROGRAM JARAK-JAUH, PROGRAM IJAZAH PERTAMA, PROGRAM PASCA-IJAZAH DAN PROGRAM LATIHAN DALAM DAN LUAR NEGARA.  MALAH, ELAUN-ELAUN TAMBAHAN SEPERTI ELAUN KELUARGA DAN BANTUAN SEWA RUMAH TURUT DISEDIAKAN SEBAGAI INSENTIF KEPADA PENJAWAT-PENJAWAT AWAM UNTUK MENIMBA ILMU BARU ATAU MENINGKATKAN KEPAKARAN DALAM BIDANG TERTENTU. 


 


11.        JPA JUGA MEMBERI PENEKANAN TERHADAP PEMBUDAYAAN TEKNOLOGI ICT DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM.  SEPANJANG TEMPOH 75 TAHUN, TUMPUAN DIBERI KEPADA  PEMBANGUNAN SISTEM ICT YANG BOLEH MENYUMBANG KEPADA PENINGKATAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM. PADA HARI INI BANYAK URUSAN DAPAT DILAKSANAKAN MELALUI KOMPUTER. MISALNYA, HARI PELANGGAN SECARA MAYA BERSAMA JPA MEMBOLEHKAN ORANG RAMAI MEMBUAT SEBARANG PERTANYAAN PERKHIDMATAN SECARA ONLINE TANPA PERLU HADIR SECARA FIZIKAL DI JPA.  PERMOHONAN BIASISWA JPA KINI BOLEH DIBUAT SECARA ONLINE MELALUI APLIKASI E-SILA. UNTUK PESARA-PESARA KERAJAAN, SISTEM PENSIONS ONLINE WORKFLOW ENVIRONMENT (POWER) TELAH MEMBOLEHKAN MEREKA MENIKMATI HASIL FAEDAH PERSARAAN DALAM TEMPOH 30 HARI DARI TARIKH PERSARAAN WAJIB.


 


12.        SAYA PERCAYA DENGAN USAHA BERTERUSAN JPA BAGI MEMASTIKAN PENGGUNAAN DAN PENGINTEGRASIAN ICT DALAM PROSES KERJA, SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATANNYA AKAN TERUS MENINGKAT SETARAF DENGAN NEGARA-NEGARA MAJU.


 


MENJANA PEKERJA BERKUALITI MELALUI PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI


 


TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,


 


13.        KECEMERLANGAN MODAL INSAN TIDAK HANYA DIUKUR DARI SEGI INTELEKTUAL ATAU KELAYAKAN AKADEMIK MAHUPUN KEMAHIRAN SEMATA-MATA TETAPI JUGA KEROHANIAN. PEMBANGUNAN MODAL INSAN HOLISTIK DENGAN PEMILIKAN TAHAP INTEGRITI YANG TINGGI MAMPU MEMASTIKAN MEREKA DAPAT MENYUMBANG SECARA OPTIMUM KEPADA MASYARAKAT.  SEHUBUNGAN INI, PENGHAYATAN NILAI MURNI ADALAH AMAT PENTING BAGI PENJAWAT AWAM.  NILAI-NILAI MURNI AKAN MENDORONG PENJAWAT AWAM UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG MELANGKAUI KEBIASAAN.  OLEH ITU, PENJAWAT AWAM AMAT DIHARAPKAN UNTUK MEMPUNYAI SUATU CIRI YANG MEMBEZAKANNYA DENGAN PEKERJA-PEKERJA SEKTOR LAIN, IAITU, APA YANG BOLEH DIKENALI SEBAGAI PUBLIC SERVICE CHARACTER.  TIDAK LENGKAP SEORANG PENJAWAT AWAM JIKA DIA HANYA MEMILIKI KELAYAKAN YANG TINGGI DARI SEGI KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN TANPA MEMILIKI NILAI YANG DIHARAPKAN TERSEBUT. 


 


14.        SEPANJANG TEMPOH 75 TAHUN INI, PELBAGAI PERUBAHAN TELAH DILAKSANAKAN OLEH JPA BAGI MENINGKATKAN IMEJ PERKHIDMATAN AWAM. DI ANTARA LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL TERMASUKLAH PENERAPAN NILAI BERSIH, CEKAP DAN AMANAH, PENERAPAN NILAI ISLAM, PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB), PENGISYTIHARAN HARTA,  PELAKSANAAN AKU JANJI DAN BERBAGAI LAGI INISIATIF LAIN YANG BERTUJUAN MEMUPUK NILAI MURNI DI DALAM SEMUA PENJAWAT AWAM.


 


CABARAN-CABARAN PERKHIDMATAN AWAM


 


TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,


 


15.        KEADAAN PERSEKITARAN DI MANA PERKHIDMATAN AWAM BEROPERASI SEKARANG TELAH BANYAK BERUBAH BERBANDING 75 TAHUN DAHULU.  INI TERMASUKLAH JENIS PELANGGAN, PEKERJA, SEKTOR SWASTA, PERSAINGAN GLOBAL, SISTEM MAKLUMAT DAN SEBAGAINYA.  PELANGGAN-PELANGGAN KITA KINI LEBIH TERPELAJAR DAN MEMPUNYAI HARAPAN YANG AMAT TINGGI TERHADAP KUALITI, KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN.  MEREKA JUGA SEMAKIN SEDAR AKAN HAK MEREKA UNTUK MENDAPAT LAYANAN YANG LEBIH ADIL DARI AGENSI-AGENSI KERAJAAN.  GLOBALISASI PULA MENUNTUT SESEBUAH NEGARA MENGASAHKAN LAGI DAYA PERSAINGANNYA.  DAN SEKTOR SWASTA MENGHARAPKAN PERKHIDMATAN AWAM MEWUJUDKAN SATU PERSEKITARAN PERNIAGAAN YANG KONDUSIF KEPADA MEREKA UNTUK MENINGKATKAN DAYA SAING NEGARA. 


 


16.        DENGAN PERSEKITARAN YANG MENCABAR INI,  PERKHIDMATAN AWAM TIDAK BOLEH LAGI  BERASA TERLALU SELESA TETAPI PERLU LEBIH INOVATIF DAN KREATIF DALAM MEMPERBAIKI MUTU PERKHIDMATAN AGAR RELEVAN DENGAN KEHENDAK RAKYAT. PROSES-PROSES KERJA YANG LAPUK ATAU PERKHIDMATAN YANG TIDAK MESRA RAKYAT PERLU DITELITI SEMULA. PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN PERLULAH BERORIENTASIKAN PELANGGAN.


 


17.        DALAM MENGEKALKAN TEMPO PERUBAHAN INI,  JPA MEMPUNYAI PERANAN YANG BESAR LAGI PENTING SELAKU AGENSI PUSAT SUMBER MANUSIA. KINI, JPA PERLU TERUS MEMPERKUKUHKAN KEKUATANNYA SEBAGAI PENGURUS SUMBER MANUSIA YANG UNGGUL DALAM PERKHIDMATAN AWAM. JPA PERLU MEMBAWA PERUBAHAN YANG DIPERLUKAN BAGI MENGHADAPI CABARAN-CABARAN HARI INI.




18.        SAYA MASIH INGAT, DUA TAHUN DAHULU, SEMASA MALAM JPA, SAYA TELAH MENCABAR JPA MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI PENERAJU PERKHIDMATAN AWAM. DENGAN PERUBAHAN-PERUBAHAN DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN PRASARANA ORGANISASI YANG TELAH DITERAJUI OLEH JPA SELAMA INI, SAYA TIDAK MERAGUI SAMA SEKALI AKAN KEUPAYAAN JPA UNTUK MENYAHUT CABARAN SAYA TERSEBUT.


 


PROSPEK MASA DEPAN JPA


 


TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,


 


19.        TEMPOH 75 TAHUN YANG BERLALU TELAH MENCATATKAN BANYAK LAKARAN SEJARAH YANG GEMILANG BUAT JPA.  SEBAGAI BEKAS WARGA KERJA JPA SAYA TUMPANG BERBANGGA DI ATAS KEMAJUAN JPA INI.  SAYA BERDOA AGAR TEMPOH 75 TAHUN AKAN DATANG DAPAT MENYAKSIKAN KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN LAGI BUAT JPA. SEHUBUNGAN INI INGIN SAYA BERPESAN KEPADA WARGA MUDA JPA PADA HARI INI AGAR DAPAT MENGHAYATI DENGAN LEBIH MENDALAM APA MAKNA BERTUGAS DI JPA, APA PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JPA. LIHATLAH KEPADA SEJARAH PENUBUHAN JPA ITU SENDIRI, PERANANNYA PADA HARI INI DAN SETERUSNYA HUBUNG-KAITKAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB DIRI KEPADA JPA. DAN BERUSAHALAH UNTUK MENJADIKAN TEMPOH PERKHIDMATAN DI JPA DAN PERKHIDMATAN AWAM SEBAGAI TEMPOH UNTUK MENYEMAI BAKTI KEPADA NEGARA DAN MASYARAKAT. KEPADA WARGA YANG LEBIH BERPENGALAMAN BAIK DARI SEGI UMUR MAHUPUN PERKHIDMATAN DI JPA, BIMBINGLAH MEREKA YANG MUDA UNTUK MEMANTAPKAN KOMPETENSI MEREKA AGAR DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGAN YANG BENAR-BENAR CEMERLANG.


 


20.        DENGAN INI, SAYA DENGAN LAFAZ BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM DAN DENGAN SUKACITANYA MERASMIKAN PERAYAAAN ULANG TAHUN JUBLI INTAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM.


 


WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.


Kami menerima 4,570,093 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
©2019 Hakcipta Terpelihara PERDANA DIGITAL
(sebelum ini dikenali sebagai SMPKE),Pejabat Perdana Menteri