English | Bahasa Malaysia

Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : DATUK SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
Tajuk : MAJLIS PELANCARAN PELAN INTEGRITI NASIONAL (P.I.N.) DAN INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (I.I.M.) (23-04-2004)
Lokasi : PUSAT PERSIDANGAN PUTRAJAYA (PCC) PUTRAJAYA
Tarikh : 23-04-2004
 
UCAPAN

YAB DATO SERI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI

PERDANA MENTERI MALAYSIA

DI MAJLIS PELANCARAN PELAN INTEGRITI NASIONAL (P.I.N.)

DAN INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (I.I.M.)

DI PUSAT PERSIDANGAN PUTRAJAYA (PCC)

PUTRAJAYA, 23 APRIL 2004, 9.00 PAGI.

----------------------



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH



Y.A.B. DATO SERI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK

TIMBALAN PERDANA MENTERI



YANG BERHORMAT ANGGOTA-ANGGOTA JEMAAH MENTERI



Y. BHG. TAN SRI SAMSUDIN OSMAN

KETUA SETIAUSAHA NEGARA



Y.A.B. MENTERI-MENTERI BESAR DAN KETUA-KETUA MENTERI



EXCELLENCIES, AMBASSADORS AND HIGH COMMISSIONERS



KETUA-KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI



DIF-DIF JEMPUTAN



SAUDARA DAN SAUDARI YANG SAYA HORMATI SEKALIAN



1. ALHAMDULLILAH, SAYA BERSYUKUR KEHADRAT ALLAH S.W.T. KERANA DENGAN IZIN DAN MAKBULNYA DAPAT KITA SAMA-SAMA BERHIMPUN DI MAJLIS PELANCARAN PELAN INTEGRITI NASIONAL (P.I.N.) DAN INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (I.I.M.). TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA JAWATANKUASA PELAKSANA PENUBUHAN PELAN INTEGRITI NASIONAL DAN INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA, YANG DIPENGERUSIKAN OLEH YBHG. TAN SRI SAMSUDIN OSMAN, ATAS USAHA MEREKA YANG PENUH DEDIKASI UNTUK MENYEDIAKAN P.I.N., MENUBUHKAN I.I.M., DAN SETERUSNYA MENGANJURKAN MAJLIS YANG PENUH BERMAKNA INI.



2. SAYA JUGA INGIN MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANGGOTA JEMAAH MENTERI, MENTERI-MENTERI BESAR DAN KETUA-KETUA MENTERI, PARA PERWAKILAN NEGARA ASING DI MALAYSIA, SERTA PARA PEGAWAI TINGGI KERAJAAN PUSAT DAN KERAJAAN NEGERI. SAYA JUGA MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN PARA PEMIMPIN DAN WAKIL DARI SEKTOR SWASTA, PARTI POLITIK, AGAMA, WANITA, N.G.O., SERTA BELIA DAN PELAJAR. KEHADIRAN SAUDARA-SAUDARI KE MAJLIS INI AMAT DIHARGAI KERANA IA MENANDAKAN SOKONGAN PADU SERTA KOMITMEN SAUDARA-SAUDARI SEMUA KEPADA AGENDA PEMANTAPAN INTEGRITI DAN URUSTADBIR NEGARA.



SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN,



3. MELALUI RANCANGAN DAN PELAKSANAAN PELBAGAI DASAR OLEH PARA PEMIMPIN SEJAK MENCAPAI KEMERDEKAAN HAMPIR 47 TAHUN YANG LALU, MALAYSIA TELAH BERJAYA MENCIPTA PERTUMBUHAN EKONOMI YANG PESAT. INI TELAH MEMBAWA KEMAKMURAN KEPADA SEGENAP LAPISAN RAKYAT. TARAF HIDUP GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH SEMAKIN BERTAMBAH BAIK DENGAN PENGURANGAN KADAR KEMISKINAN. KEJAYAAN EKONOMI NEGARA TELAH JUGA MEMBESARKAN SAIZ KELAS MENENGAH DI MALAYSIA. IA JUGA TELAH MEMBAWA KEPADA KEWUJUDAN SATU KELAS KORPORAT DAN USAHAWAN MALAYSIA YANG SEMAKIN DISEGANI.



4. NAMUN, TRANSFORMASI EKONOMI NEGARA TELAH MENINGGALKAN KESAN KE ATAS KEADAAN SOSIAL (“SOCIAL FABRIC”) NEGARA JUGA. ARUS PEMODENAN SEDIKIT SEBANYAK TELAH MENGAKIBATKAN PENGHAKISAN SISTEM NILAI-NILAI ATAU “VALUE SYSTEM” MASYARAKAT MALAYSIA. HAKIKAT INI DAPAT DILIHAT DI MANA-MANA SAHAJA. IA BOLEH DILIHAT DALAM SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN KURANG KEPEKAAN SIVIK TERUTAMANYA DI JALAN RAYA DAN LEBUH RAYA. IA BOLEH DILIHAT DALAM SIKAP DAN TINDAKAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP ALAM SEKITAR DAN KEMUDAHAN AWAM. IA BOLEH JUGA DILIHAT DALAM KHIDMAT KAUNTER YANG KURANG MESRA PELANGGAN, AMALAN MELOMPAT “QUEUE” ATAU BARISAN, DAN SEBAGAINYA.



5. DALAM PADA ITU, MENTALITI MATERIALISTIK, SUKA KEPADA JALAN MUDAH DAN INGIN CEPAT KAYA, JUGA SEMAKIN MENULAR DALAM BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA. INI MEMBAWA KEPADA MASALAH RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAH GUNA KUASA. PELBAGAI KAJIAN YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN DAN JUGA PIHAK LAIN TELAH MENARIK PERHATIAN KEPADA MASALAH INI. CONTOHNYA, SATU KAJIAN MENGENAI PERSEPSI UMUM TERHADAP GEJALA RASUAH MALAYSIA 2002 MENDAPATI BAHAWA 15 PERATUS DARIPADA 7,594 ORANG YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM KAJIAN TERSEBUT MENGAKU TELAH MEMBABITKAN DIRI SECARA LANGSUNG DALAM AKTIVITI RASUAH. LEBIH KURANG 20 PERATUS PULA TELAH MENYAKSIKAN AKTIVITI RASUAH SECARA LANGSUNG. DISEBABKAN PERASAAN MALU ATAU ENGGAN MENGAKUI, JUMLAH SEBENAR MEREKA YANG TERLIBAT DENGAN RASUAH MUNGKIN LEBIH TINGGI LAGI DARIPADA APA YANG DIPERAKUKAN.



6. BERLAKUNYA RASUAH DAN PENYELEWENGAN TIDAK SELARI DENGAN KEHENDAK RAKYAT UNTUK HIDUP DALAM MASYARAKAT YANG BERETIKA DAN YANG BEBAS DARIPADA RASUAH. KERAJAAN AMAT PRIHATIN TERHADAP ASPIRASI RAKYAT INI. SAYA PERCAYA KEMENANGAN BESAR KERAJAAN BARISAN NASIONAL (B.N.) DALAM PILIHANRAYA UMUM BARU-BARU INI MENCERMINKAN KEPERCAYAAN RAKYAT TERHADAP KEBOLEHAN DAN KESUNGGUHAN KERAJAAN B.N. UNTUK MEMBAWA PERUBAHAN DALAM MASYARAKAT. INI ADALAH SATU AMANAH RAKYAT YANG MESTI KITA LAKSANAKAN.



7. KITA PERLU MENANGANI MASALAH INI SECARA MENYELURUH DAN MENYUBURKAN SEMULA NILAI-NILAI MURNI DALAM SEGALA TINGKAH LAKU DAN TINDAKAN KITA. TIDAK ADA GUNANYA JIKA MASYARAKAT MALAYSIA KAYA DARI SEGI KEBENDAAN, TETAPI MUFLIS DARI SEGI NILAI MORAL, ETIKA DAN INTEGRITI.



SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN,



8. KERAJAAN SEDAR BAHAWA TERDAPAT PERSEPSI UMUM BAHAWA GEJALA RASUAH SEMAKIN BERTAPAK DALAM MASYARAKAT KITA MASA KINI. HAMPIR SETIAP ORANG DI ANTARA KITA ADA SAHAJA CERITA TERSENDIRI TENTANG DIRINYA SENDIRI, ATAUPUN KENALANNYA, YANG TELAH MEMBAYAR DUIT KOPI UNTUK MENYEGERAKAN SESUATU PERMOHONAN ATAU MELEPASKAN DIRI DARIPADA MEMBAYAR SAMAN TRAFIK, SEUMPAMANYA. KITA JUGA ADA MENDENGAR CERITA TENTANG KES-KES RASUAH, PECAH AMANAH ATAU SALAH GUNA KUASA YANG MELIBATKAN TOKOH-TOKOH KORPORAT ATAU POLITIK.



9. KES-KES SEPERTI INI TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU. APABILA IA BERLAKU, IA HARUS DITANGANI DENGAN SEGERA DENGAN MENGAMBIL LANGKAH PUNITIF. DALAM PADA ITU, KITA MESTI MEMASTIKAN BAHAWA PROSEDUR-PROSEDUR YANG SEWAJAR DIJALANKAN DAN SIASATAN YANG TELITI DIJALANKAN DEMI MEMPERTAHANKAN ASPEK KEADILAN. BARU-BARU INI, PENANGKAPAN BEBERAPA ORANG TOKOH KORPORAT, AHLI POLITIK DAN PEGAWAI PENTADBIRAN AWAM BERSABIT DENGAN KES RASUAH ATAU PECAH AMANAH TELAH MENJADI BERITA YANG DIIKUTI RAMAI. INI MENANDAKAN KERAJAAN B.N. AMAT SERIUS DALAM MENANGANI RASUAH. NAMUN BEGITU, KITA MESTI MENJAUHI DARIPADA TERBAWA-BAWA OLEH PRASANGKA ATAU EMOSI ATAU DARIPADA BERLAKUNYA “TRIAL BY MEDIA”, IAITU SESEORANG ITU TERUS DIANGGAP BERSALAH WALHAL PERKARA ITU BELUM LAGI DISIASAT SEPENUHNYA.



10. BAGI MENJAUHI PERKARA SEBEGINI BERLAKU, DI SAMPING MENGARAH PIHAK BADAN PENCEGAH RASUAH (BPR) UNTUK MENYIASAT KES-KES RASUAH YANG DIBAWA KEPADA MEREKA “WITHOUT FEAR OR FAVOUR”, SAYA TELAH JUGA MENGARAHKAN MEREKA UNTUK MENYEGERAKAN PENYIASATAN MEREKA TANPA MENGORBANKAN ASPEK KETELITIAN. SEMEMANGNYA, PRINSIP YANG MENDASARI SEGALA TINDAKAN PUNITIF ADALAH KEADILAN ATAU “JUSTICE AND FAIRNESS”. OLEH ITU, KITA HARUS BERLAKU ADIL KEPADA YANG DITUDUH SELAGI DIA BELUM LAGI DIBUKTIKAN BERSALAH.



11. WALAUBAGAIMANAPUN, KITA TIDAK HARUS TUNGGU SAMPAI AKTIVITI RASUAH ITU BERLAKU SEBELUM BERTINDAK. KITA BOLEH MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH PREVENTIF DENGAN MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA ELEMEN-ELEMEN YANG MEMBENAR ATAU MENGGALAKKAN RASUAH BERLAKU. BAK PEPATAH INGGERIS “PREVENTION IS BETTER THAN CURE”. STRATEGI KERAJAAN DARI SEGI PREVENTIF ADALAH BERSIFAT DUA-SERAMPANG. PERTAMA, KERAJAAN SEDANG BERUSAHA SECARA GIGIH UNTUK MENERAPKAN NILAI-NILAI MURNI DIKALANGAN RAKYAT, BERMULA DENGAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN. KEDUA, KERAJAAN SEDANG BERUSAHA MEMANTAPKAN LAGI PROSES KERJA UNTUK MENGURANGKAN PELUANG BAGI RASUAH BERLAKU.



12. UNTUK MELAKSANAKAN STRATEGI DUA-SERAMPANG TERSEBUT DALAM SEKTOR KERAJAAN, KERAJAAN TELAH MENUBUHKAN “JAWATANKUASA KHAS KABINET MENGENAI KEUTUHAN PENGURUSAN KERAJAAN” (JKKMKPK). NAMUN PADA HAKIKATNYA, USAHA-USAHA UNTUK MENINGKATKAN INTEGRITI PERLU DILAKUKAN DALAM SEKTOR-SEKTOR YANG LAIN. OLEH ITU, KERAJAAN TELAH MENGAMBIL BEBERAPA LANGKAH POSITIF KE ARAH INI. MISALNYA, KERAJAAN TELAH MERUMUSKAN SUATU KOD ETIKA UNTUK SYARIKAT-SYARIKAT SWASTA, IAITU “MALAYSIAN CODE OF CORPORATE GOVERNANCE” (MCCG). BARU-BARU INI, BEBERAPA INITIATIF BARU TELAH DIAMBIL UNTUK MENINGKATKAN INTEGRITI DI KALANGAN PIHAK POLIS DAN WAKIL RAKYAT. SALAH SATU DARIPADA TERMA RUJUKAN SURUHANJAYA KHAS MENGENAI POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) YANG DITUBUHKAN PADA AWAL TAHUN INI ADALAH UNTUK MENINGKATKAN IMEJ DAN INTEGRITI ANGGOTA-ANGGOTA POLIS. DI SAMPING ITU, SAYA TELAH MELANCARKAN SATU KOD ETIKA BAGI WAKIL RAKYAT PADA HARI ISNIN LEPAS, YANG ANTARA LAIN MENGGARISKAN BEBERAPA LANGKAH UNTUK MEMANTAPKAN INTEGRITI WAKIL RAKYAT.



13. WALAUBAGAIMANAPUN, LANGKAH-LANGKAH INI TIDAK BOLEH DILAKUKAN SECARA BERASINGAN DEMI MEMENUHI TUNTUTAN SEMASA SEMATA-MATA. SATU PENDEKATAN YANG BERSIFAT MENYELURUH ATAU HOLISTIK, YANG MELIBATKAN SEMUA GOLONGAN, ADALAH DIPERLUKAN. SEMEMANGNYA, “ISU INTEGRITI MELIBATKAN SEMUA GOLONGAN; OLEH ITU, SEMUA GOLONGAN PATUT DILIBATKAN”. TETAPI SETAKAT INI, BELUM ADA PERANCANGAN MENYELURUH YANG MELIBATKAN SEMUA SEKTOR SOSIAL SECARA BERSEPADU UNTUK MENGGERAKKAN AGENDA INTEGRITI. JUSTERU ITU, KERAJAAN TELAH MENGAMBIL INISIATIF MENGGUBAL DAN MELAKSANAKAN SATU DASAR PAYUNG YANG KOMPREHENSIF, YANG MELIBATKAN SEMUA SEKTOR DAN GOLONGAN MASYARAKAT DALAM GERAKAN PEMANTAPAN INTEGRITI. DASAR PAYUNG INI DINAMAKAN PELAN INTEGRITI NASIONAL (P.I.N.).



SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN,



14. P.I.N. MERUPAKAN SATU PELAN INDUK YANG BERTUJUAN UNTUK MENGGUBAL STRATEGI DAN MEMBERI HALA TUJU BAGI SEMUA SEKTOR MASYARAKAT SUPAYA MEREKA DAPAT BEKERJASAMA DAN MENGAMBIL BAHAGIAN SECARA LANGSUNG DALAM USAHA MEMANTAPKAN NILAI ETIKA DAN INTEGRITI. OBJEKTIF P.I.N. DALAM JANGKA PANJANG IALAH UNTUK MEMENUHI CABARAN KEEMPAT WAWASAN 2020 IAITU “MEMBENTUK SEBUAH MASYARAKAT YANG KUKUH CIRI-CIRI MORAL DAN ETIKANYA, DENGAN PARA WARGANYA MEMPUNYAI NILAI KEAGAMAAN DAN KEROHANIAN YANG UTUH, DAN DIITUNJANGI OLEH BUDI PEKERTI YANG LUHUR”. DI SAMPING ITU, P.I.N. JUGA MEMPUNYAI OBJEKTIF MENINGKATKAN KESEDARAN, KOMITMEN DAN KERJASAMA RAKYAT SEJAGAT DARI PELBAGAI SEKTOR DALAM USAHA PEMANTAPAN INTEGRITI.



15. SKOP P.I.N. ADALAH HOLISTIK DAN MENYELURUH. TUMPUAN DIBERI KEPADA PENINGKATAN INTEGRITI DARIPADA PERINGKAT TERATAS HINGGA KE PERINGKAT AKAR UMBI. SEBANYAK 9 BUAH SEKTOR ATAU KOMPONEN MASYARAKAT YANG TELAH DIKENALPASTI DALAM P.I.N.. BAGI SETIAP SEKTOR TERSEBUT, BEBERAPA PROGRAM DAN AKTIVITI TELAH DITENTUKAN. PROGRAM DAN AKTIVITI TERSEBUT TELAH DIPADANKAN DENGAN AGENSI-AGENSI YANG SESUAI, SAMA ADA KEMENTERIAN, AGENSI KERAJAAN ATAU BADAN SUKARELA, UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM TERSEBUT. AGENSI TERSEBUT PULA PERLU MENYUSUN ATAUPUN MENYEMPURNAKAN PROGRAM INTEGRITI MASING-MASING BERDASARKAN KEPADA CADANGAN-CADANGAN YANG DIKANDUNG DALAM P.I.N..



16. OLEH KERANA P.I.N. MEMPUNYAI SKOP ATAU AGENDA YANG LUAS, SASARAN UTAMA TELAH DIKENALPASTI. BAGI TEMPOH LIMA TAHUN PERTAMA IAITU ANTARA TAHUN 2004 HINGGA 2008, P.I.N. MENETAPKAN LIMA SASARAN YANG HENDAK DICAPAI. SASARAN YANG DIKENALI SEBAGAI TEKAD 2008 INI IAITU:



ï

Kami menerima 4,512,567 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
©2019 Hakcipta Terpelihara PERDANA DIGITAL
(sebelum ini dikenali sebagai SMPKE),Pejabat Perdana Menteri