English | Bahasa Malaysia

Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : DATIN SERI JEANNE BINTI ABDULLAH
Tajuk : UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGONG BAKTI KE32
Lokasi : BANGUNAN BAKTI SITI HASMAH
Tarikh : 18-03-2009
 



 


1.                    KAMI BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBHA NAHUWATAALA KERANA DENGAN IZINNYA JUA   KITA SEMUA DAPAT BERSAMASAMA DI MAJLIS PERASMIAN  MESYUARAT AGUNG BAKTI KALI KE 32 PETANG INI.


 


2.                   TERIMA KASIH JUGA  SAYA UCAPKAN KEPADA YANG BERBAHAGIA DATUK PROFESOR AMINAH AYOB KERANA HADIR UNTUK MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG KALI INI. KEHADIRAN YANG BERBAHAGIA DATUK  AMAT BERMAKNA KEPADA KAMI.


 


3.                  SYUKUR ALHAMDULILLAH SEPANJANG TAHUN 2008 BANYAK AKTIVITI DAN PROGRAM BAKTI     TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN. SAYA BERASA GEMBIRA KERANA PROJEK KHAS SEMAI BAKTI  YANG BERTUJUAN  UNTUK  MEMBANTU O.K.U  DI P.D.K-P.D.K   TELAH DIPERLUASKAN     DI SELURUH NEGARA. INI MERUPAKAN SATU PENCAPAIAN YANG MEMBANGGAKAN KAMI SEMUA DI BAKTI.


 


4.                   MANAKALA PROGRAM ANAK ANGKAT BAKTI PULA TELAH DITUKAR KEPADA PROGRAM DERMASISWA BAKTI. MELALUI PROGRAM BARU INI PELAJAR-PELAJAR DARIPADA GOLONGAN KELUARGA YANG BERPENDAPATAN RENDAH TELAH MENERIMA BANTUAN KEWANGAN  UNTUK MENAMPUNG PELAJARAN MEREKA.


 


5.                   BAKTI JUGA TURUT MEMPERKEMASKAN PROJEK MALAYSIAN INFORMATION NETWORK ON DISABILITY.  PROGRAM INI AKAN TERUS DI PERTINGKATKAN LAGI UNTUK MEMBERI KESAN YANG LEBIH  KEPADA MASYARAKAT.


 


6.            DI PERINGKAT AHLI PULA  PELBAGAI AKTIVITI SEPERTI KEBUDAYAAN KEAGAMAAN SUKAN   PENERBITAN DAN LAWATAN TELAH DIADAKAN UNTUK MEMBERI ILMU PENGETAHUAN DAN MANAFAAT KEPADA  AHLI.


 


7.                   SAYA  BERASA AMAT GEMBIRA  KERANA  PADA TAHUN LALU BAKTI TELAH MELANCARKAN      BUKU COFFEE TABLE DAN ALBUM BAKTI DALAM MAJLIS MAKAN MALAM BAKTI SEMPENA ULANGTAHUN KE30.     


 


8.                    HARAPAN SAYA BUKU INI AKAN MENJADI SEBAGAI BAHAN RUJUKAN BAGI SEMUA AHLI-AHLI BAKTI TERUTAMANYA  AHLI-AHLI YANG BARU MENGENAI PERKEMBANGAN YANG BERLAKU DALAM BAKTI SELAMA 30 TAHUN. 


 


9.             MALAHAN SETIAP KALI  LAWATAN KE LUAR NEGARA MENGIRINGI PERDANA MENTERI SAYA AKAN MEMBAWA BERSAMA BUKU COFFEE TABLE INI   SEBAGAI CENDERAMATA KEPADA ISTERI   PEMIMPIN-PEMIMPIN LUAR NEGARA.


 


10.           JUSTERU  SAYA JUGA BERHARAP AHLI-AHLI BAKTI MENGAMBIL PELUANG APABILA MENGIKUTI SUAMI KE LUAR NEGARA  UNTUK  MEMBAWA  BUKU  INI   SEBAGAI  CENDERAMATA  DAN MEMPERKENALKAN KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN BAKTI.


 


11.          PADA TAHUN 2008 PROGRAM TAHUNAN ISTERI WAKIL RAKYAT BARISAN NASIONAL SEMALAYSIA  TELAH  MELAKSANAKAN PENDEKATAN BARU  IAITU MENGADAKAN SEMINAR    MENGENAI WANITA DAN KANAK-KANAK  SEBAGAI SALAH SATU PROGRAM.


 


12.           SAYA YAKIN SEDIKIT SEBANYAK  PENDEKATAN BARU INI TELAH MEMBERI  PELUANG KEPADA PESERTA UNTUK MENGENALI BUDAYA MASYARAKAT SETEMPAT BERTUKAR-TUKAR FIKIRAN DAN PENDAPAT SERTA MENINGKATKAN INTERAKSI ANTARA ISTERI PEMIMPIN PUSAT DAN NEGERI.


 


13.           BAKTI JUGA  TURUT MERASAI PENDERITAAN DAN KESENGSARAAN ANAK-ANAK DI GAZA      YANG MENJADI MANGSA KEZALIMAN  TENTERA ZIONIS.  SEHUBUNGAN ITU PADA 19 FEBRUARI YANG LALU BAKTI  BERSAMA-SAMA DENGAN PUSPANITA  PERKEP  DAN BAKAT TELAH BEKERJASAMA DENGAN UNICEF MENGANJURKAN HUMANITARIAN  FUND   FOR THE  CHILDREN OF GAZA  YANG TELAH DILANCARKAN OLEH  YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI.


 


14.         TABUNG INI DIADAKAN BERTUJUAN MENGUTIP SUMBANGAN UNTUK ANAK-ANAK GAZA    KHASNYA DALAM MEMBANTU PENDIDIKAN MEREKA. SAYA PERCAYA SUMBANGAN YANG DIHULURKAN INI AKAN MEMBERI ERTI  YANG MENDALAM KEPADA ANAK-ANAK MANGSA PEPERANGAN INI.


 


15.          BARU-BARU INI BAKTI TELAH MENGADAKAN PROGRAM MENANAM POKOK DI HUTAN KITA-KIARA DAN TELAH MENDAPAT SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN DARIPADA AHLI-AHLI BAKTI.   PADA 13 MAC LALU  BEBERAPA POKOK TELAH   DITANAM KHUSUS  UNTUK SEMUA PENAUNG     DAN YANG DIPERTUA  BAKTI  SEBELUM INI.


 


16.           SAYA BERHARAP LEBIH RAMAI AHLI BAKTI YANG BELUM MENANAM POKOK  AKAN  MENYERTAI PROGRAM INI  DALAM USAHA UNTUK  MEMBERI KESEDARAN  KEPADA MASYARAKAT  BETAPA PENTINGNYA  MEMELIHARA DAN MEMULIHARA HUTAN UNTUK GENERASI KITA YANG AKAN DATANG.


 


17.          INI MERUPAKAN  ANTARA AKTIVITI UTAMA BAKTI YANG BERJAYA DILAKSANAKAN DALAM TEMPOH DUA TAHUN INI.


 


18.          SAYA MEMPUNYAI HARAPAN YANG TINGGI BAHAWA BAKTI AKAN MENERUSKAN LEGASINYA      UNTUK MENJADI SEBUAH BADAN AMAL YANG PRIHATIN DAN PENYAYANG TERUTAMANYA KEPADA GOLONGAN  YANG MEMERLUKAN PERHATIAN  DAN  BANTUAN KITA.


 


19.          SAYA YAKIN  JUGA  DENGAN ADANYA KERJASAMA YANG ERAT SERTA BEKERJA DENGAN PENUH SEMANGAT BERPASUKAN  DAN KEKELUARGAAN BAKTI AKAN MENJADI SEBUAH BADAN  AMAL YANG  KUKUH  DAN TEGUH.   SEPERTI  KATA PEPATAH MELAYU  BERSATU KITA TEGUH    BERCERAI KITA ROBOH.


 


20.         SEBELUM MENGAKHIRI UCAPAN INI SAYA BERHARAP KEPIMPINAN BAKTI AKAN TERUS MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN DENGAN PENUH DEDIKASI IKHLAS     DAN  AMANAH.


 


21.         TAHNIAH DAN PENGHARGAAN JUGA KEPADA SEMUA AHLI JAWATANKUASA TADBIR DAN JAWATANKUASA KECIL YANG TELAH MEMPERLIHATKAN SEMANGAT SEPASUKAN DAN KEPIMPINAN YANG TINGGI  DALAM MENJAYAKAN SEMUA AKTIVITI.


 


22.          TERIMA KASIH JUGA  KEPADA AHLI-AHLI BAKTI  YANG TELAH MEMBERIKAN  SOKONGAN DAN KERJASAMA YANG BAIK KEPADA SAYA SELAMA INI.  SAYA YAKIN  BAKTI AKAN MENERUSKAN  TRADISI  BEKERJA KERAS  MENCURAHKAN TENAGA  KE ARAH KECEMERLANGAN.


 


SEKIAN, WASSALAM MUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH. TERIMA KASIH


Kami menerima 2,798,789 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
2014 Hakcipta Terpelihara SMPKE, Pejabat Perdana Menteri