English | Bahasa Malaysia

Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : DATIN SERI JEANNE BINTI ABDULLAH
Tajuk : UCAPAN HUMANITARIAN FUND FOR THE CHILDREN OF GAZA
Lokasi : DEWAN BANKUET, SRI PERDANA, PUTRAJAYA
Tarikh : 19-02-2009
 


 


BISMILLAH HIRRAHMA NIRRAHIM DAN SALAM SEJAHTERA


 


YANG AMAT BERHORMAT


DATO’ SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI


PERDANA MENTERI MALAYSIA


MERANGKAP : PENAUNG HUMANITARIAN FUND FOR THE CHILDREN OF GAZA


 


YANG BERHORMAT


DATO’ SERI RAIS YATIM


MENTERI LUAR NEGERI


 


YANG BERHORMAT


TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP


TIMBALAN MENTERI


KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH


 


AHLI-AHLI YANG BERHORMAT


 


YANG BERBAHAGIA


TAN SRI MOHD SIDEK HAJI HASSAN


KETUA SETIAUSAHA NEGARA DAN;


PUAN SERI WAN NOORLINA WAN HUSSIN,


YANG DIPERTUA PUSPANITA


 


YANG BERBAHAGIA


JENERAL TAN SRI ABDUL AZIZ HAJI ZAINAL


PANGLIMA ANGKATAN TENTERA DAN;


PUAN SERI HAJAH ROSITAH HAJI MD MAWI,


PENGERUSI BAKAT


 


YANG DIHORMATI


TAN SRI MUSA DATO’  HAJI HASSAN


KETUA POLIS NEGARA DAN;


PUAN SERI JURIAH AHMAD,


PENGERUSI PERKEP


 



MR. YOUSSOUF OOMAR,


UNICEF REPRESENTATIVE IN MALAYSIA


 


AHLI-AHLI  PUSPANITA, BAKAT, PERKEP, BAKTI DAN PARA MEDIA, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKELIAN


 



1.                   TERLEBIH DAHULU SAYA UCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA HADIRIN. TERIMA KASIH KERANA MELUANGKAN MASA UNTUK HADIR DI PELANCARAN TABUNG YANG DINAMAKAN HUMANITARIAN FUND FOR THE CHILDREN OF GAZA PADA PAGI INI.


 


2.                   DI SINI SAYA INGIN MERAKAMKAN PENGHARGAAN  DI ATAS KESUDIAN  YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI KERANA MENJADI PENAUNG DAN SETERUSNYA MELANCARKAN  TABUNG INI.


 


HADIRIN SEKELIAN,


 


3.                   SEBAGAI SEORANG IBU SUDAH TENTU KITA BERASA AMAT TERSENTUH  DENGAN PENDERITAAN DAN KESENGSARAAN YANG DIHADAPI OLEH ANAK-ANAK   YANG MENJADI MANGSA PERANG DI GAZA.


 


4.                   PERANG TELAH MENYEBABKAN ANAK-ANAK YANG TIDAK BERDOSA MENJADI MANGSA. MEREKA BUKAN SAHAJA KEHILANGAN ORANG-ORANG YANG DISAYANGI TETAPI LEBIH MENYEDIHKAN LAGI ADA ANTARA MEREKA YANG KEHILANGAN ANGGOTA TUBUH DAN MENJADI CACAT SEUMUR HIDUP. PERANG INI TELAH MENGGELAPKAN  MASA DEPAN MEREKA.


 


5.                   PERANG YANG DASYAT INI JUGA TURUT MENGANGGU PSIKOLOGI ANAK-ANAK  YANG SEPATUTNYA HIDUP DALAM DUNIA YANG DAMAI DAN CERIA.  IANYA TELAH MENYEBABKAN MEREKA MENJADI  TRAUMA.


 


6.                   MENYEDARI KESENGSARAAN YANG DIALAMI OLEH MANGSA PERANG   TERUTAMA ANAK-ANAK INI BAKTI PUSPANITA PERKEP DAN BAKAT TELAH BERSEPAKAT   UNTUK MENGADAKAN TABUNG INI.


 


7.                   INILAH HASRAT BAKTI  BERSAMA-SAMA DENGAN TIGA BADAN  WANITA YANG LAIN BAGI MEREALISASIKAN IMPIAN DAN HARAPAN ANAK-ANAK INI  AGAR MEREKA DAPAT MENERUSKAN CITA-CITA DAN PELAJARAN MEREKA. 


 


 8.                   TABUNG INI DINAMAKAN HUMANITARIAN FUND FOR THE CHILDREN OF GAZA  AKAN DILAKSANAKAN SELAMA ENAM BULAN DAN HASIL KUTIPAN AKAN DISALURKAN TERUS KEPADA UNICEF. SELAIN DARIPADA MENGADAKAN KUTIPAN UNTUK DANA INI KAMI JUGA AKAN MENGADAKAN PROGRAM-PROGRAM YANG BERSESUIAN UNTUK MENAMBAHKAN LAGI DANA. ANTARA PROGRAM YANG DICADANGKAN IALAH  JUALAN POSKAD KHAS  YANG AKAN DI HANTAR KEPADA ANAK-ANAK MANGSA PERANG DI GAZA.


 


9.                   BAGI PERINGKAT  PERMULAAN  BAKTI  PUSPANITA  PERKEP DAN BAKAT AKAN MENYUMBANG SEJUMLAH  50 RIBU RINGGIT SETIAP BADAN  DENGAN JUMLAH KESELURUHANNYA  SEBANYAK 200 RIBU RINGGIT.


 


10.               KUTIPAN INI AKAN DIGUNAKAN OLEH UNICEF UNTUK MENGADAKAN  PELBAGAI PROGRAM KEPADA ANAK-ANAK GAZA TERUTAMANYA DALAM BIDANG PENDIDIKAN.


 


11.               HARAPAN SAYA DENGAN ADANYA SUMBANGAN DARIPADA MASYARAKAT  YANG PRIHATIN SAMA ADA INDIVIDU ATAU BADAN-BADAN KORPORAT AKAN MEMBERI SINAR DAN HARAPAN KEPADA ANAK-ANAK DI GAZA  UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN DI MASA DEPAN YANG LEBIH SEMPURNA.


 


12.               AKHIR KATA SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN  TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG MEMBERI KERJASAMA DAN BANTUAN UNTUK MENJAYAKAN TABUNG INI. SEMUGA DENGAN ADANYA SUMBANGAN YANG DIHULURKAN OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA OBJEKTIF KITA UNTUK  MERINGANKAN PENDERITAAN ANAK-ANAK GAZA AKAN TERCAPAI  INSYAALLAH.


 


13.               MARILAH  KITA SAMA-SAMA BERDOA SEMUGA PEPERANGAN INI AKAN TAMAT  DAN KESEMUA MANGSA PERANG  DILINDUNGI ALLAH SUBHANAHU WATAALA.


 


DARI  MATA  TURUN  KE HATI


MELIHAT  SI KECIL  MENANGIS  DERITA


IBU   AYAH  TERBUJUR  DIRATAPI


PERANG  GAZA   MERAGUT  JIWA


 



BERJIWA  LUHUR  DERMAWAN  BUDIMAN


DERMA  DI-HULUR  PENAWAR  SENGSARA


BEBAN  SI-KECIL  KITA  RINGANKAN


BANTULAH  MEREKA  SEIKHLAS  JIWA


 


SEKIAN, WASSALAM MUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH DAN TERIMA KASIH.


Kami menerima 4,570,097 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
©2019 Hakcipta Terpelihara PERDANA DIGITAL
(sebelum ini dikenali sebagai SMPKE),Pejabat Perdana Menteri