English | Bahasa Malaysia

Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : TAN SRI DATO SERI AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID
Tajuk : MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KUALITI PERDANA MENTERI
Lokasi : PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC) ,KUALA LUMPUR
Tarikh : 15-01-1996
 
1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri oleh kerana sudi hadir di majlis ini untuk menyempurnakan penyampaian Anugerah Kualiti Perdana Menteri bagi tahun 1995.

2. Anugerah Kualiti Perdana Menteri yang diperkenalkan pada 9 November 1990 adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada organisasi-organisasi sektor awam, sektor sosio- ekonomi dan sektor swasta yang telah berjaya mencapai tahap pengurusan kualiti yang cemerlang daripada berbagai-bagai jurusan.Pemberian Anugerah ini merupakan asas yang penting dalam mewujudkan suasana yang dapat menyemarakkan budaya kerja cemerlang yang berteraskan kualiti. Semenjak tahun 1990 apabila Anugerah ini diperkenalkan, sebanyak 123 pencalonan telah diterima daripada sektor awam, 83 pencalonan daripada sektor sosio-ekonomi dan 102 pencalonan daripada sektor swasta. Semuanya ini membuktikan bahawa pelaksanaan Anugerah Kualiti Perdana Menteri telah berjaya meningkatkan kesedaran tentang kualiti di kalangan anggota- anggota Perkhidmatan Awam. Yang amat menggalakkan ialah kemunculan semakin banyak organisasi-organisasi baru atau yang cemerlang dalam pengurusan kualiti. Hasilnya telah dapat dilihat dari segi peningkatan kecekapan dan produktiviti di samping menjimatkan kos operasi.

3. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada organisasi- organisasi yang berjaya merangkul Anugerah Kualiti Perdana Menteri pada tahun ini. Dengan ini saya dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk menyampaikan amanatnya kepada Majlis ini.

Kami menerima 4,622,647 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
©2019 Hakcipta Terpelihara PERDANA DIGITAL
(sebelum ini dikenali sebagai SMPKE),Pejabat Perdana Menteri