English | Bahasa Malaysia

Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : TAN SRI DATO SERI AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID
Tajuk : MAJLIS PERASMIAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN PULAU LANGKAWI
Lokasi : LANGKAWI
Tarikh : 29-07-1996
 
1. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad di atas kesudiannya merasmikan pembukaan rumah peranginan ini. Kesudian Yang Amat Berhormat Dato Seri menyempurnakan upacara ini adalah merupakan satu penghormatan bagi Perkhidmatan Awam Malaysia.

2. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Sanusi Junid Menteri Besar Kedah di atas kesudiannya turut hadir di majlis ini.

3. Projek ini dibina atas tapak seluas lebih kurang 4 ekar yang dibeli daripada Kerajaan Negeri Kedah. Rumah peranginan ini berharga RM11.87 juta, dan mengandungi 88 bilik, restoran, dewan seminar, `gym' dan blok `apartment untuk VIP'. Di samping itu kemudahan-kemudahan lain seperti gelanggang tenis, taman kanak-kanak dan gazebo juga turut disediakan.

4. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Perdana Menteri kerana memberi persetujuan terhadap konsep pembinaan rumah peranginan ini, iaitu:

(i) bangunan yang beranika rupa disusun dengan mengambilkira unsur laluan angin serta pandangan ke arah laut;

(ii) senibentuk bangunan diseragami dengan bangunan- bangunan `resort' yang terdapat di persekitaran tapak projek; dan

(iii) bangunan `apartment VIP' diletakkan dilokasi yang strategik.

5. Projek ini dilaksanakan secara `turnkey' oleh KLK Kontrak Bina Sdn. Bhd. menepati konsep yang telah dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Perdana Menteri. Sijil Layak Menduduki telahpun diperolehi daripada Majlis Daerah Langkawi dan rundingan dengan pihak Antara Hotel Resort Sdn.

Bhd., pihak yang akan menguruskan rumah peranginan ini telahpun selesai.

6. Rumah peranginan ini akan diuruskan secara penswastaan. Ini merupakan satu percubaan untuk menyediakan kemudahan percutian yang berkualiti bagi kakitangan kerajaan awam. Kadar sewa bilik yang akan dikenakan kepada kakitangan kerajaan adalah lebih rendah dari kadar sewa hotel yang ada di Langkawi sekarang. Kadar sewa yang akan dikenakan adalah seperti berikut: Bilik Standard RM 50.00 semalam, Bilik Deluxe RM 70.00 semalam, Suite VIPRM 120.00 semalam.

7. Akhir sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi atau LADA dan Syarikat Antara Hotel Resort Sdn. Bhd. atas bantuan dan sumbangan mereka untuk menjayakan upacara ini.

Kami menerima 4,569,081 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
©2019 Hakcipta Terpelihara PERDANA DIGITAL
(sebelum ini dikenali sebagai SMPKE),Pejabat Perdana Menteri