Bahasa Malaysia |    English|    Other Languages
Display
    Chief Secretary to the Government of Malaysia Chief Secretary to the Government of Malaysia Chief Secretary to the Government of Malaysia
Theme
  Chief Secretary to the Government of Malaysia Chief Secretary to the Government of Malaysia Chief Secretary to the Government of Malaysia
TPM

SPEECHES

< Home > < SPEECHES >

    21/05/2009 - Majlis Pembukaan Rasmi Kejohanan Olahraga MSSM Ke-51


    Bismillahirrahmanirrahim.
    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

    Y.B. Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong
    Timbalan Menteri Pelajaran 1

    Y.B. Dr. Mohd Puad Zarkashi
    Timbalan Menteri Pelajaran II

    Y.Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain Haji Awang
    Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

    Y.Bhg. Dato’ Hj. Alimuddin Hj. Mohd Dom
    Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

    Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha

    Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah

    Yang Berusaha En. Jame Alip
    Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum

    Yang Berusaha En. Sulaiman Wak
    Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    Merangkap Pengerusi Pengelola Kejohanan
    Ketua-ketua Jabatan, Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri, pengetua-pengetua, guru besar-guru besar, guru-guru, seterusnya para pelajar dan hadirin yang dihormati sekalian.


    1. Pertamanya, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita diberikan kesempatan untuk bersama-sama berkumpul di Stadium Nasional Bukit Jalil ini untuk Pembukaan Rasmi Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Kali Ke-51.

    2. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama warga Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK) Kementerian Pelajaran Malaysia, Jawatankuasa Pengelola Kejohanan serta pihak-pihak lain atas usaha dan kegigihan menjayakan kejohanan ini.

    Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

    3. Sesungguhnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) sememangnya mengambil berat terhadap bidang sukan yang merupakan antara platform terbaik untuk pembangunan modal insan yang holistik dan berdaya saing, selain berusaha ke arah melahirkan atlet berprestasi tinggi di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, adalah amat penting bagi sesebuah organisasi sukan seperti MSSM ini menyediakan perancangan yang selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Selain itu, perancangan pembangunan sukan juga haruslah menjurus kepada hala tuju dan matlamat pembangunan modal insan sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

    4. Kejohanan Olahraga MSSM ini menyediakan ruang yang cukup luas untuk kita mengenalpasti atlet pelajar yang mempunyai potensi dalam bidang sukan olahraga. Atlet-atlet ini akan dilatih secara intensif bagi menghadapi kejohanan-kejohanan di peringkat antarabangsa seperti Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Asean (ASSC) yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada bulan Julai nanti. Saya berharap agar atlet pelajar yang terpilih mewakili negara kelak akan berjaya menaiki podium dan mengibarkan jalur gemilang.

    Hadirin yang dihormati,

    5. Sukan sekolah yang pada satu ketika dulu amat meriah, sememangnya boleh dijadikan landasan bagi mencungkil bakat sukan di peringkat akar umbi. Usaha ini perlulah dilakukan secara kolektif, bersepadu dan konsisten. Untuk tujuan ini Kementerian Pelajaran akan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah secara komprehensif dengan memperkasakan pengurusan dan pembangunan sukan sekolah. Satu Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah akan diwujudkan di peringkat Kementerian untuk merancang, memantau dan mempergiatkan aktiviti sukan sekolah dengan tujuan untuk mencungkil dan mengasah bakat-bakat baru dalam pelbagai bidang sukan di kalangan para pelajar. Di samping itu, khidmat nasihat pakar, jurulatih dan pegawai teknik profesional akan digunakan untuk membantu pihak Kementerian dalam merangka dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah yang lebih efektif. Untuk memeriahkan lagi sukan sekolah, Kejohanan Olahraga Sekolah akan menjadi acara kemuncak aktiviti sukan sekolah di mana seluruh pelajar akan berpeluang untuk mengambil bahagian.

    6. Kemudahan sukan di sekolah-sekolah juga akan dipertingkatkan untuk memastikan program sukan dapat dilaksanakan dengan lancar. Untuk tujuan ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 344 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-9 untuk menambah baik prasarana sukan sekolah. Ini termasuklah RM 16.4 juta untuk menaik taraf Sekolah Sukan Malaysia; RM 200 juta untuk pembinaan dua buah Sekolah Sukan Negeri di Sabah dan Pahang; RM 18 juta untuk perolehan peralatan sukan sekolah; dan RM 100j untuk menaiktaraf prasarana sukan sekolah. Projek-projek pembangunan sukan ini sedang giat dilaksanakan dan InsyaAllah ianya dapat dilaksanakan sepenuhnya di akhir Rancangan Malaysia Ke-9.

    7. Kerajaan juga akan mewujudkan sebuah Institut Pendidikan Guru khusus untuk melatih jurulatih sukan serta pegawai teknik di kalangan guru. Khidmat jurulatih profesional akan digunakan digunakan di IPG Sukan untuk memastikan jurulatih dan pegawai teknik sukan sekolah mendapat latihan dan pendedahan sukan secara profesional. Dengan adanya jurulatih dan pegawai teknik sukan sekolah, kerajaan berharap agar tahap kecekapan pengurusan sukan sekolah dapat dipertingkatkan di samping mengurangkan bebanan guru-guru yang sebelum ini terpaksa memberikan tumpuan kepada kedua-dua bidang akademik dan juga sukan. Dengan adanya pengkhususan dalam kedua-dua bidang ini, tahap kecekapan pengurusan sekolah juga akan dapat dipertingkatkan.

    8. Saya berharap agar setiap sekolah meletakkan sukan sebagai satu bidang yang diberikan keutamaan selain bidang akademik. Ini selaras dengan hasrat kita untuk melahirkan bukan sahaja modal insan yang berdaya saing, tetapi juga atlet pelajar yang bertaraf dunia. Untuk itu, satu sistem pengiktirafan terhadap penyertaan dan kejayaan dalam aktiviti sukan akan dirangka untuk membolehkan prestasi pelajar dinilai secara lebih holistik dan tidak hanya tertumpu kepada prestasi dalam peperiksaan semata-mata.

    Hadirin yang dihormati,

    9. Hasrat ‘Satu Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak melambangkan penyatuan semua kaum di Malaysia yang hidup secara harmoni dan berganding bahu untuk mencapai matlamat membangunkan negara. Gagasan ini amat sesuai sekali dizahirkan melalui aktiviti-aktiviti sukan. Tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama, aktiviti sukan mampu menyediakan gelanggang untuk menyatukan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia. Bukanlah suatu yang asing bagi kita untuk melihat rakyat daripada pelbagai kaum mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sukan serta bersatu sorak, tepukan dan laungan bagi memberikan semangat kepada pasukan masing-masing. Dan inilah yang bakal kita saksikan di sepanjang berlangsungnya Kejohanan Olahraga MSSM ini.

    10. Dalam usaha kita untuk mempergiatkan aktiviti sukan, samada sebagai satu cara untuk mencungkil bakat-bakat sukan ataupun sebagai wadah perpaduan nasional, penglibatan dan sokongan agensi-agensi swasta juga penting. Untuk itu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Syarikat Nestle (M) Sdn. Bhd. yang bertindak sebagai rakan penaja untuk 23 jenis permainan yang dipertandingkan di bawah MSSM. Pihak Kementerian Pelajaran sentiasa mengalu-alukan kerjasama agensi-agensi swasta untuk sama-sama membantu menjayakan program-program sukan sekolah demi kemajuan sukan negara.

    11. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran kejohanan Olahraga MSSM ke-51, terutamanya Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai penganjur utama kejohanan. Kepada negeri-negeri yang bertanding, serta anak-anak yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang dipertandingkan, tunjukkanlah semangat kesukanan yang jitu demi ‘Satu Malaysia’.

    12. Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia untuk kali ke-51 .

    Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

POLL - VOTE NOW !

Students MUST pass the English subject in order to obtain the SPM certificates

  • Agree
  • Not Agree
  • Not Sure

PROMINENT LINKS


RSS

W3C

Mobile

CONTACT US

Deputy Prime Minister's Office
Prime Minister's Department  Level 4  West Wing  Perdana Putra Building  Federal Government Administrative Centre  62502 Putrajaya  Malaysia
Tel : 03-8888 1950  Fax : 03-8888 0035 

Terms and Conditions  |  Privacy Policy  |  Copyright Notice  ]
Last updated: 09-02-2010 | Best viewed 1024 x 768 IE 7+ & Firefox 3+ © Copyright Reserved SMPKE, Prime Minister's Office 2010 
Visitors Statistics | Currently Online : 3 | Today : 258 | This Week : 539 | This Month : 2,795 |
This Year : 11,251 | Total : 32,467 | Last updated: 09-02-2010