PENGENALAN
Y.A.B. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah
Haji Ahmad Badawi telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan
terhadap usaha membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan
generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling
penting dalam usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang
Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020.
Bagi
merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga
kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang,
termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu,
berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi
pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat,
bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal
insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju
negara pada masa hadapan.
Petikan:
Buku Rasmi Tahunan Malaysia 2006 oleh
Jabatan Penerangan Malaysia.