Prime Minister's Office of Malaysia.

The latest information about the Prime Minister of Malaysia.

Current Speeches

UCAPAN PERDANA MENTERI MENGENAI DASAR LUAR NEGARA YANG TERBUKA

By  :  YAB. DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue  : 
Date  :  15/09/2017

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Malaysia mengamalkan dasar luar negara yang terbuka terhadap semua negara yang mahu membina hubungan diplomatik dan perdagangan dengannya. Untuk tahun ini sahaja, Malaysia telah berunding dengan beberapa ketua negara termasuk Amerika Syarikat dan negara China, membincangkan isu-isu tertentu.

Malaysia mendapat banyak manfaat apabila berjaya merunding pelaburan lebih RM100 bilion dengan China manakala baru-baru ini saya bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengenai isu perdagangan dan keselamatan serantau.

Malaysia selama ini banyak mengaut keuntungan daripada pelaburan dan perdagangan dengan Amerika Syarikat bernilai berpuluh-puluh bilion Ringgit.

Jadi, adalah wajar untuk kita teruskan pelaburan dalam sumber yang boleh mendapatkan pulangan. Namun, pembangkang mempertikai tujuan KWSP melabur di Amerika Syarikat.

Hakikatnya, KWSP memang sentiasa mencari peluang pelaburan bagi mendapatkan pulangan untuk membayar dividen kepada para pencarum.

Sebenarnya KWSP sudah beberapa tahun melabur di pasaran saham Amerika Syarikat dan Eropah bagi meningkatkan kadar pulangan dividen untuk para pencarum dan pertemuan tempoh hari usaha untuk menambah peluang baru untuk KWSP melabur.

Rundingan pembelian jet Boeing itu pula telah dilakukan kerana Malaysia Airlines memang sudah ada rancangan untuk membeli kapal terbang baru sebelum pertemuan di Rumah Putih tempoh hari berlangsung.

Kesimpulannya, hubungan luar negara kita telah banyak membuka peluang pelaburan dan perdagangan untuk memangkinkan ekonomi kita. Hubungan baik Malaysia dengan negara-negara besar Timur dan Barat, meletakkan Malaysia di sebuah kedudukan politik yang seimbang di persada antarabangsa.

Sedarlah, pembangkang dari awal lagi tidak senang duduk melihat Malaysia berjaya menjalin hubungan mesra dengan negara-negara lain kerana jelas segala tohmahan palsu mereka selama ini tidak perlu diendahkan.

Sekian sahaja dari saya,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Last Update on 19/09/2017 
This Current Speeches has been read 696 times
ISO ISMS QR Code for PMO Mobile
Last Update : 17-01-2018    [© 2015 SMPKE, PMO]
Office of The Prime Minister of Malaysia, Main Block, Perdana Putra Building, Federal Government Administrative Centre, 62502 Putrajaya, MALAYSIA.
Tel : 603-8888 8000 | Fax : 603-8888 3444 | E-Mail Send E-Mail to Us! | E-Feedback

Visitors # Current : 23 | Today : 743 | This Month : 15,173 | This Year : 15,173 | Total : 9,507,647
Best view with 1024 x 768 pixel screen resolution and Google Chrome & Mozilla Firefox.